Berita Harian

Sime Darby jual ekuiti dalam SDSB

Lupus kepentinga­n 40 peratus bernilai RM625 juta

- Oleh Shahrizan Salian

Sime Darby Property Bhd melupuskan 40 peratus kepentinga­n ekuitinya di dalam Seriemas Developmen­t Sdn Bhd (SDSB) kepada PNB Developmen­t Sdn Bhd (PNBD) dalam satu urus niaga bernilai RM625 juta.

Anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd itu kelmarin memeterai Perjanjian Penjualan Saham (SSA) bersama PNBD yang membabitka­n penjualan sejuta saham biasa di dalam SDSB.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Sime Darby menyatakan urus itu niaga akan dibayar secara tunai, iaitu dua peratus daripada pertimbang­an nilai jualan berjumlah RM12.5 juta akan dibayar dalam bentuk deposit oleh PNBD kepada Sime Darby Property sebaik sahaja SSA dimeterai.

“Baki berjumlah RM593.75 juta yang merangkumi deposit bersih dan tiga peratus nilai jualan sebanyak RM18.75 juta yang dikekalkan oleh Sime Darby Property seperti termaktub di bawah Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, akan dibayar sebaik SSA dimuktamad­kan,” katanya.

SDSB adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia pada 4 Julai 1984. Sime Darby menguasai 40 peratus pegangan ekuiti tidak langsung di dalam syarikat ini menerusi Sime Darby Property.

Baki 60 peratus kepentinga­n ekuiti di dalam SDSB dipegang oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi PNBD.

Pembanguna­n hartanah

Aktiviti utama syarikat itu adalah pembanguna­n hartanah. Ia mempunyai 11 bidang tanah yang masih belum dibangunka­n, dengan satu daripadany­a, iaitu Bangi Estate sedang dalam proses untuk dilupuskan.

SDSB ketika ini sedang membangunk­an tiga bidang tanah, manakala pelaburan hartanahny­a membabitka­n pembinaan dua gedung beli-belah di Kota Seriemas dan dua hotel di Morib.

Bagi tahun kewangan berakhir

adalah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia pada 4 Julai 1984

Sime Darby menguasai 40 peratus pegangan ekuiti SDSB menerusi Sime Darby Property.

Baki 60 peratus kepentinga­n ekuiti SDSB dipegang PNB menerusi PNBD.

adalah anak syarikat milik penuh PNB yang ditubuhkan pada 24 Jun 2000

Cadangan pelupusan dijangka dimuktamad­kan sebelum akhir 2017 31 Disember 2016, SDSB mencatatka­n keuntungan bersih RM40.2 juta, manakala aset bersihnya berjumlah RM1.4 bilion.

PNDB pula anak syarikat milik penuh PNB yang ditubuhkan pada 24 Jun 2000. Aktiviti utama syarikat adalah pegangan pelaburan.

Sime Darby menambah, cadangan pelupusan kepentinga­nnya di dalam SDSB adalah sejajar dengan strategi kumpulan untuk merungkai nilai menerusi peluang membuat penjualan.

“Ia juga akan membolehka­n Sime Darby mengurangk­an jumlah pinjamanny­a menerusi hasil jualan daripada cadangan pelupusan,” katanya.

Ia berkata, cadangan pelupusan itu dijangka tidak memberikan sebarang faktor risiko yang secara materialny­a boleh menjejaska­n operasi perniagaan dan prestasi perniagaan Sime Darby.

“Sime Darby dijangka merekodkan keuntungan daripada pelupusan (selepas kepentinga­n bukan kawalan) kira-kira RM305 juta. Keuntungan ini selepas menolak anggaran kos pelupusan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia