Berita Harian

UDSB, GFMS jalin kerjasama strategik

-

UDA Holdings Bhd (UDA) melalui anak syarikatny­a, UDA Dayaurus Sdn Bhd (UDSB) memeterai perjanjian kerjasama dengan GFM Solutions Sdn Bhd (GFMS) bagi projek pembanguna­n mega Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar, berkata kerjasama itu bagi perkongsia­n dan kepakaran berhubung khidmat Perundinga­n Pengurusan Kemudahan Bangunan bagi projek BBCC.

Katanya, UDA bertuah kerana berpeluang bekerjasam­a berkongsi kepakaran dengan GFMS yang mempunyai 17 tahun pengalaman dalam bidang ini, selain menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabang­sa.

“GFMS adalah rakan perniagaan strategik tepat terutama dalam persediaan mengorak langkah lebih jauh meneroka peluang yang ada dalam bidang pengurusan kemudahan di dalam dan juga luar negara.

Tingkat imej, profil BBCC

“Saya yakin kerjasama ini dapat meningkatk­an lagi imej dan profil projek ikonik BBCC yang bakal merubah landskap Greater Kuala Lumpur.

“Ia seterusnya merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi negara, sekali gus mempromosi­kan Malaysia di mata dunia,” katanya dalam kenyataan selepas majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi UDSB, Shamsul Bahri Shamsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif GFMS, Mohd Izmi Md Said.

Ahmad berkata, BBCC adalah projek pembanguna­n mega UDA yang dibangunka­n bersama Ecoworld dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 ??  ?? Shamsul Bahri (dua dari kiri) dan Mohd Izmi (dua dari kanan) menandatan­gani perjanjian kerjasama antara UDSB dan GFMS sambil diperhatik­an Ahmad (tengah) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Shamsul Bahri (dua dari kiri) dan Mohd Izmi (dua dari kanan) menandatan­gani perjanjian kerjasama antara UDSB dan GFMS sambil diperhatik­an Ahmad (tengah) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia