Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

Kaunter kewangan dorong dagangan lebih tinggi

-

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam, dengan indeks utama menamatkan dagangan lebih tinggi didorong oleh minat belian berterusan dalam kaunter berkaitan indeks yang dipimpin oleh saham kewangan.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berakhir 5.10 mata lebih tinggi pada 1,765.13 berbanding penutupan Isnin pada 1,760.03, selepas bergerak antara 1,762.88 dan 1,769.52 sepanjang hari.

Pasaran pasaran dibuka 5.0 mata lebih tinggi pada 1,765.03 lebih awal.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 542 berbanding 297, dengan 388 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Public Bank melonjak 32 sen

Jumlah dagangan turun kepada 1.82 bilion unit bernilai RM2.24 bilion berbanding 1.94 bilion unit bernilai RM2.58 bilion pada Isnin.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank melonjak 32 sen kepada RM20.60, men- gangkat FBM KLCI 2.12 mata.

Maybank naik 11 sen kepada RM9.65, Genting Malaysia naik 10 sen kepada RM6.10, Maxis naik lima sen kepada RM5.70, Sime Darby turun tujuh sen kepada RM9.38 dan CIMB turun empat sen kepada RM6.51.

Di kalangan kaunter cergas, Frontken Corp menambah dua sen kepada 39.5 sen, Systech naik 7.5 sen kepada 43.5 sen, Managepay adalah satu sen lebih tinggi pada 28.5 sen, Kronologi Asia tidak berubah pada 80.5 sen dan Lotte Chemical turun 42 sen kepada RM4.28.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia