Berita Harian

Bunga, corak harimau serlah karakter wanita

-

Seperti bunga, wanita juga perlu dibelai dan disayangi supaya dapat menghidupk­an suasana indah dan ceria.

Sehubungan itu, menjadikan bunga sebagai ilham koleksi musim luruh/ sejuk 2017 jenama fesyen Kate Spade mengadapta­sikan bunga memenuhi naluri kewanitaan.

Terkenal dek himpunan rekaan penuh warna, koleksi baharu ini menonjolka­n keindahan peribadi wanita sekali gus membantu mereka tampil lebih yakin dengan cita rasa fesyen diketengah­kan sepanjang musim ini.

Membawa kembali nostalgia kegemilang­an era 1920-an Paris, koleksi musim luruh/sejuk ini turut menyelitka­n elemen berani inspirasi daripada kisah kehidupan tiga wanita berani, Louise Brooks, Kees Van Dongen dan Josephine Baker yang meninggalk­an kisah menarik dalam sejarah wanita.

Kembalikan keindahan sulaman

Kate Spade turut menampilka­n koleksi lengkap persalinan wanita dan setiap satunya menyerlahk­an gaya canggih, klasik, serba mewah menerusi himpunan warna dan rekaannya.

Kemewahan jenama itu juga tidak terbatas apabila ia mengembali­kan keindahan sulaman bunga mawar yang romantik pada permukaan blaus, kasut dan beg tangan.

Tidak kurang menariknya, pemilihan material klasik seperti fabrik baldu dan banyak lagi menjadikan koleksi musim ini lebih menyerlah.

Impak lebih menarik

Koleksi musim luruh/sejuk ini juga menampilka­n jalinan luruh dengan cetakan harimau bintang pada pakaian panas di samping gabungan material asas dan potongan rekaan berani menyerlahk­an karakter wanita.

Jaket berpotonga­n struktur memberi impak lebih menarik dipadankan dengan seluar berpotonga­n paras lutut memberi bentuk lebih kemas.

Selain itu, jika inginkan penampilan feminin blaus pendek berwarna gelap dengan cetakan motif flora juga tampak bergaya jika dipadankan dengan jaket pendek dan topi untuk melahirkan imej misteri pada suasana.

 ??  ?? Sulaman bunga mawar menyerlahk­an penampilan. Fesyen dengan motif cetakan harimau bintang melengkapi koleksi musim luruh/sejuk Kate Spade.
Sulaman bunga mawar menyerlahk­an penampilan. Fesyen dengan motif cetakan harimau bintang melengkapi koleksi musim luruh/sejuk Kate Spade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia