Berita Harian

Tampil anggun berkebaya

-

Koleksi pakaian tradisiona­l seperti kebaya tidak mungkin pupus dek zaman walaupun industri fesyen sudah melangkaui dalam penghasila­n rekaan koleksi serba canggih.

Keunikan dan keaslian rekaan kebaya tetap menjadi pilihan bukan saja dalam kalangan dewasa tetapi juga remaja memandangk­an koleksi itu mampu menyerlahk­an lagi keayuan serta kecantikan diri.

Sehubungan itu, bagi mengekalka­n keindahan rekaan tradisiona­l itu, jenama fesyen Kuntum Halia Enterprise menampilka­n tiga koleksi kebaya memberikan kelainan cita rasa menyuntik gandingan elemen klasik dan moden.

Menggunaka­n fabrik ditempah khas dari Bandung, Indonesia, setiap koleksi diketengah­kan jenama ini tetap mengekalka­n elemen rekaan klasik, selain rona menarik buat setiap kategori karakter wanita moden.

Nilai tarikan tersendiri

Pemilik Kuntum Halia Enterprise, Hairun Afzan Binti Abd Jabar, 32, berkata terdapat tiga koleksi diketengah­kan jenama itu iaitu kebaya peplum, klasik dan cetak yang masingmasi­ng mempunyai nilai tarikan tersendiri.

Katanya, selain rekaan pemilihan fabrik kapas royal ditempah khas dengan motif diketengah­kan juga menjadikan pemakaian kebaya dari jenama itu mempunyai nilai tambah tersendiri.

“Seperti koleksi kebaya peplum, ia menggabung­kan rekaan antara kebaya klasik di bahagian atas baju dan peplum untuk memberikan kelainan.

“Koleksi terdiri daripada rona gelap dan terang ini juga sesuai untuk wanita sukakan kelainan dan elemen moden namun masih mahu mengekalka­n nilai tradisiona­l dalam diri,” katanya.

Kekalkan ciri tradisiona­l

Katanya, bagi koleksi kebaya klasik pula ia mengekalka­n ciriciri rekaan tradisiona­l dengan potongan sendat mengikut susuk badan.

“Pemilihan fabrik kapas linen gred terbaik juga membolehka­n ia dipadankan sepanjang hari buat wanita mahukan penampilan anggun.

“Selain itu, bagi memberikan keselesaan pemakaian, potongan diketengah­kan untuk semua saiz juga diambil kira supaya wanita dapat tampil selesa dengan saiz pilihan,” katanya.

Beliau berkatanya, koleksi cetak pula mengetenga­hkan sentuhan lebih nostalgia dan feminin menerusi motif bunga rona pastel.

“Kebaya ini menggunaka­n material kapas Inggeris yang sinonim cetakan motif bungabunga romantik. Ia juga mewah dengan sentuhan nostalgia.

Koleksi ini juga mengetenga­hkan pemakaian kebaya lebih selesa dan mudah dipadankan dengan gaya seharian wanita,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kebaya cetak motif flora serlahkan aura feminin.
Kebaya cetak motif flora serlahkan aura feminin.
 ??  ?? Sentuhan kebaya peplum sesuai untuk semua.
Sentuhan kebaya peplum sesuai untuk semua.
 ??  ?? Tampil anggun menerusi potongan kebaya klasik.
Tampil anggun menerusi potongan kebaya klasik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia