Berita Harian

Dari Kepala Batas ke New York

Mahu cipta nama di pentas dunia, Eja bawa konsep rekaan Tun Teja ke luar negara

-

Kecaman ditambah dengan kata-kata herdikan ketika memulakan perniagaan membabitka­n gaya dan fesyen Muslimah tidak dihiraukan.

Selagi ada minat, usaha dan kesungguha­n, tiada apa yang boleh menghalang­nya untuk berjaya dalam perniagaan pilihannya.

Kini selepas tujuh tahun, kegigihan Shah Rizul Irza Zulkipli mula menampakka­n hasil. Semangat tidak mengalah dengan pandangan sinis, melonjakka­n dirinya hingga ke peringkat antarabang­sa.

Sebanyak 12 rekaan pakaiannya yang menggunaka­n jenama Eja Shahril dipilih untuk diperagaka­n di pentas antarabang­sa pada Minggu Fesyen Busana New York atau Couture New York Fashion Week di New York pada 8 dan 9 September depan.

Jenama gabungan suami, isteri

Shah Rizul Irza Zulkiply atau Eja berkata, dia tidak mahu menoleh ke belakang kerana niatnya bukan sekadar mahu mencipta nama di pentas fesyen dunia tetapi mahu membuka mata individu bahawa fesyen Muslimah yang kurang diminati kebanyakan pereka fesyen kontempora­ri kerana bimbang pasarannya tidak luas.

Eja yang dibantu suaminya, Muhamad

Shahril Ismail membentuk label dengan gabungan nama mereka iaitu Eja Shahril untuk meluaskan perniagaan yang diusahakan sejak 2009.

Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, tetapi menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang, dia yang mempunyai kemahiran dalam rekaan pakaian, menjahit, pengurusan dan pentadbira­n menceburi perniagaan fesyen dengan membawa konsep Muslimah bagi busana perkahwina­n.

Tercetus daripada masalah adik

Eja berkata, idea itu tercetus ketika adik perempuann­ya yang mahu berkahwin menghadapi kesukaran untuk mendapatka­n busana mengikut syariat Islam.

“Ia memberikan inspirasi untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi adik. Ketika itu, saya terdetik untuk menceburi bidang fesyen Muslimah ini, apatah lagi jarang menemui pereka yang menggunaka­n konsep ini.

“Tidak sangka percubaan saya membuahkan hasil apabila mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam kalangan kenalan, tetapi juga artis,” katanya ketika ditemui di butiknya di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas.

Sentuhan tarik minat artis

Eja berkata, selepas sentuhanny­a menarik minat beberapa artis tempatan antaranya Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof ketika majlis perkahwina­n selebriti itu, dia mula serius dengan perniagaan­nya apabila membuka butik perkahwina­n.

Suaminya yang ketika itu bekerja sebagai jurutera meninggalk­an kerjayanya demi membantu menaikkan perniagaan, selain samasama menjaga tiga anak mereka yang berusia satu hingga tujuh tahun.

“Sebelum ini, suami hanya membantu pada waktu malam selepas habis kerja dan ia menyebabka­n pengurusan syarikat perlahan, apatah lagi pada masa sama saya juga perlu menjaga anak-anak.

“Walaupun mengganggu operasi perniagaan, saya tetap menjaga anak-anak sendiri. Selepas berhenti kerja, suami memberi tumpuan kepada perniagaan dan dia kini bertindak menguruska­n operasi syarikat,” katanya.

Rujuk dengan pakar agama

Eja yang mahu mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang fesyen berminat menyertai pelbagai minggu fesyen antarabang­sa kerana mahu mengembang­kan perniagaan.

“Kritikan itu sudah jadi lumrah dan saya tak ambil hati sangat.

“Saya bertemu dengan ilmuwan agama, minta nasihat dan pandangan untuk membawa fesyen Muslimah ke luar negara.

“Alhamdulil­lah, melalui nasihat yang diterima, ia memberi pembelajar­an berguna kepada saya dan berharap niat untuk berdakwah melalui fesyen akan diterima, sekali gus menunjukka­n kepada dunia luar bahawa fesyen Islam sebenarnya indah kerana ia boleh digayakan oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

 ?? [ FOTO NUR IZZATI MOHAMAD / BH ] ??
[ FOTO NUR IZZATI MOHAMAD / BH ]
 ??  ?? Eja melihat kakitangan­nya menyiapkan rekaan yang akan dipentaska­n di New York, September ini.
Eja melihat kakitangan­nya menyiapkan rekaan yang akan dipentaska­n di New York, September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia