Berita Harian

Platform tonjol rekaan

-

Mengenai Couture New York Fashion Week, Eja berkata ia adalah rezeki ketika menyertai Minggu Fesyen Islam di Jakarta apabila penganjur memilih empat pereka dari Malaysia, termasuk dirinya ke pertunjuka­n terbesar di sana.

“Takut dan teruja, itulah perasaan yang terdetik dalam diri, namun berharap konsep Tun Teja yang dibawa ke pentas peragaan nanti, mampu mengubah persepsi Islamphobi­a terhadap fesyen Muslimah.

“Saya bersyukur ada pihak sudi membantu kami iaitu syarikat pelanconga­n, Kembara Kita Holdings

Sdn Bhd yang menaja kos di sana termasuk 21 kru.

“Ia secara tidak langsung mengurangk­an beban saya dan merealisas­ikan impian untuk ke pentas peragaan yang diimpikan semua pereka fesyen di dunia,” katanya.

Pertahanka­n konsep Muslimah

Eja yang pernah menyertai Saverah Fashion Show di London pada dua tahun lalu, berharap penyertaan­nya di New York akan menjadi platform untuk memasarkan dan menonjolka­n produk pakaian rekaannya.

Dari Kepala Batas ke

New York, Eja bertekad memberikan rekaan yang terbaik dan memberi jaminan mempertaha­nkan konsep Muslimah seperti masih labuh, longgar dan bersesuaia­n dengan trend untuk dipakai oleh semua bangsa serta agama.

Katanya, dia bersama kru berlepas ke Iceland pada hujung bulan ini untuk sesi fotografi pakaian sebelum ke New York.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia