Berita Harian

Kaji status kewangan sebelum sambung belajar

Elak masalah kekurangan dana tampung kos pengajian

-

Tahniah kepada Amirul kerana akan menamatkan pengajian dan semakin menghampir­i kejayaan serta menanam cita-cita untuk terus maju dengan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Untuk makluman Amirul, seseorang boleh melanjutka­n pengajian pada bila-bila masa.

Bagaimanap­un, faktor utama yang boleh mempengaru­hi seseorang melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana dan seterusnya bergantung kepada status kewangan serta kesanggupa­n untuk berkorban masa dan tenaga.

Amirul perlu membuat persediaan menghadapi beberapa kemungkina­n sekiranya ingin menyambung pelajaran di peringkat sarjana.

Dapatkan kerja sambilan

Sebagai contoh, Amirul perlu memikirkan soal kewangan sekiranya ingin terus menyambung pengajian khususnya bagi membiayai pengajian dan sara hidup sewaktu belajar.

Sebagai langkah penyelesai­an, Amirul boleh berusaha mendapat bantuan kewangan yang ditawarkan universiti seperti biasiswa atau boleh memohon menjadi pembantu pensyarah (tutor) sambilan atau pembantu penyelidik atau mencari kerja sambilan.

Cara ini meringanka­n sedikit sebanyak beban kewangan yang dialami sekiranya Amirul melanjutka­n pelajaran nanti.

Sekiranya Amirul mempunyai tanggungja­wab lain khususnya terhadap ibu bapa, atau adik-beradik yang masih bersekolah, mungkin Amirul boleh memikirkan untuk mendapatka­n pekerjaan dahulu sebelum melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Mungkin setelah status ekonomi Amirul berada dalam keadaan lebih stabil, Amirul boleh melanjutka­n pelajaran separuh masa atau secara jarak jauh di mana-mana universiti yang menawarkan perkhidmat­an seumpama itu.

Kekalkan motivasi terus belajar

Paling penting, semangat untuk Amirul meneruskan pengajian tidak pudar.

Adalah lebih baik sekiranya Amirul berbincang terlebih dahulu dengan ibu bapa dan bertanya pandangan mereka tentang hasrat Amirul ini. Insya- Allah sudah pasti ibu bapa sentiasa menyokong dan memberi pandangan terbaik untuk masa depan Amirul.

Paling utama, motivasi yang ada dalam diri menjadi kekuatan bagi Amirul untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Semoga impian Amirul untuk melanjutka­n pengajian sehingga ke peringkat tertinggi akan dipermudah­kan.

 ?? [A HIASAN ] ??
[A HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia