Berita Harian

Akur diboikot, Sungmin bantu isteri berniaga

-

Sebulan selepas insiden Sungmin diboikot oleh peminat Korea Selatan, ibu anggota kumpulan Super Junior itu akhirnya membuka mulut mengulas isu yang terpalit pada anaknya.

Sebagai insan paling rapat, dia berharap anaknya mampu berdepan masalah berkenaan, selain jangan sesekali berputus asa.

Sebelum ini, kontrovers­i tercetus apabila Sungmin dianggap tidak menghargai peminat dan mengecewak­an mereka apabila membuat keputusan berkahwin secara rahsia, termasuk daripada pengetahua­n ahli kumpulanny­a, pada 2014.

D iboikot peminat

Susulan itu, dia diboikot peminat dan dilarang menyertai Super Junior pada konsert SM Town, baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya berasa Sungmin banyak belajar beberapa perkara penting dalam hidupnya selepas kontrovers­i terbabit. Memilih hidup sebagai idola, Sungmin membesar tanpa tahu penderitaa­n sebenarnya. Kerana itulah dia mungkin belum dapat bertindak dengan bijak,” luahnya.

Meskipun anaknya terpaksa akur dan menerima padah diboikot, si ibu tetap menunjukka­n pemikiran positif.

Harap semua kembali seperti sedia kala

Dia mengaku memahami mengapa peminat masih marah terhadap anaknya hingga kini, namun berharap semua akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya percaya, ia menjadi peluang yang bagus untuk Sungmin belajar. Saya harap dia terbuka menerima kenyataan. Dia juga menemui kemahiran baharu, iaitu membantu perniagaan isterinya,” kata wanita itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia