Berita Harian

Wan Raja, Reen Rahim lega

Filem aksi persilatan, Balun akhirnya bakal temui penonton selepas lima tahun

-

Selepas hampir lima tahun, pelakon, Wan Raja dan Reen Rahim, masing-masing dapat menarik nafas lega apabila filem lakonan mereka, Balun, akhirnya bakal memasuki pawagam.

Keringat dan penat lelah yang dicurahkan sepanjang menjayakan penggambar­an filem menampilka­n aksi persilatan, yang berlangsun­g pada Oktober 2012, bagaikan terbalas apabila naskhah arahan Bob Singah ini akan diputarkan di panggung mulai 17 Ogos depan.

Wan Raja atau nama sebenarnya, Saiful Redzuan Abu Bakar, 40, yang membawa watak Utara bagaimanap­un, enggan meletakkan kesalahan di bahu produksi, Elements Pictures Sdn Bhd, selaku penerbit di sebalik kelewatan filem terbabit menemui penonton.

“Kami hanya menjalanka­n tugas dalam ruang lingkup lakonan, sebaliknya soal tayangan terletak di bahu pihak penerbit.

“Sebagai pelakon, tentunya kami menantikan filem ini ditayangka­n di pawagam selepas lima tahun menunggu. Jadi, apabila mendapat tahu ia akan masuk ke pawagam, saya bersyukur, namun pada masa sama, gementar untuk melihat hasilnya, dan mendapat maklum balas penonton.

“Saya berharap penonton dapat memberi sokongan terhadap filem ini nanti. Walaupun ia sudah berusia lima tahun, ada sesuatu yang jarang dipersemba­hkan dalam filem tempatan ingin disampaika­n kepada penonton,” katanya.

Berlatih seni pertahanan diri

Kata Wan Raja, Balun memerlukan­nya untuk menguasai teknik persilatan dengan baik. Dengan persediaan dan latihan selama sebulan menjadikan dirinya dan pelakon lain lebih selesa untuk menjayakan babak aksi.

“Saya banyak melakonkan babak aksi berbanding melontarka­n dialog. Mujur juga saya ada asas dalam seni memperta- hankan diri, jadi saya tidak kekok untuk melakonkan babak sebegitu.

“Cuma, faktor geografi dan keadaan semasa di set penggambar­an menyebabka­n ada perubahan dalam koreografi dilakukan. Jadi, kami melakukann­ya mengikut kepakaran masing-masing.

“Malah ketika penggambar­an juga, saya diberi kebebasan untuk mencorakka­n sendiri watak Utara. Kepercayaa­n diberikan oleh pengarah itu saya balas dengan memberikan persembaha­n lakonan yang terbaik,” katanya.

Filem Balun temui penonton selepas lima tahun

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia