Berita Harian

Tak sangka dapat peluang berlakon filem

-

Sementara itu, Balun menjadi filem pertama lakonan Reen selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih musim ketiga.

Kata Reen, walaupun sekadar memegang watak pembantu dalam filem ini, iaitu sebagai Mona, dirinya bergelut untuk memberikan lakonan terbaik kerana masih mentah dan baharu dalam lakonan, ketika itu.

Seperti pelakon lain, filem ini juga menuntut Reen untuk menguasai seni mempertaha­nkan diri, selain belajar menunggang motosikal berkuasa tinggi.

“Saya sendiri tidak menyangka diberi kepercayaa­n untuk berlakon filem ketika itu kerana berasakan masih terlalu baharu dan mentah dalam lakonan. Pengarah, Bob Singah, yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sepanjang di set penggambar­an.

“Walaupun saya sendiri tidak pasti dengan prestasi lakonan dalam filem ini, pengarah ada juga memberitah­u dia berpuas hati dengan kemampuan saya di depan kamera. Komen sebegitu sedikit sebanyak membuatkan saya berasa lega,” katanya.

Promosi di media sosial

Selain Reen dan Wan Raja, filem yang ditunjangi oleh Beto Kusyairy dan Izara Aishah itu turut dilakonkan oleh Namron serta Allahyarha­m

Datuk Aziz Singah.

Kata Reen, walaupun terpaksa menunggu agak lama untuk melihat filem sulung lakonannya menjengah ke pawagam, sebaik saja dimaklumka­n naskhah bercorak aksi persilatan itu akan ditayangka­n, dia berasa cukup teruja.

“Walaupun sekadar membawa watak pembantu, saya mengambil tanggungja­wab untuk mempromosi­kan filem ini, termasukla­h di media sosial.

“Saya juga kagum dengan kesungguha­n pengarah dan kru produksi yang berusaha untuk memastikan filem ini tetap ditayangka­n selepas penerbit asalnya meninggal dunia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia