Berita Harian

Legasi dunia penyiaran

-

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Pepatah Melayu ini jelas menggambar­kan kisah dua bakal pembaca berita baharu yang diperkenal­kan TV9, Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz dan Hawa Rizwana Ahmad Redzuan.

Sebagai generasi kedua yang terbabit dalam bidang penyiaran, mereka boleh dikatakan beruntung kerana mewarisi bakat daripada bapa masing-masing yang pernah bergelar pengacara sebelum ini.

Zharif meneruskan legasi bapanya, Allahyarha­m

Aziz Desa, yang pernah bergelar pembaca berita dan pengacara di stesen TV Media Prima, manakala

Hawa pula mengikuti jejak langkah bapanya yang juga pengacara program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM.

Berbekalka­n kelayakan dan DNA penyiaran dalam diri, kedua-duanya kini sedang mempersiap­kan diri untuk memikul tanggungja­wab sebagai pembaca berita di saluran TV9.

Jika tiada aral melintang, mereka bakal muncul sebagai pembaca berita jam 12 tengah hari mulai 1 September depan.

Zh arifpikul amanah besar

Pada awalnya, minat anak muda ini lebih kepada dunia pembikinan filem kerana itulah bidang yang dipelajari­nya ketika menuntut di Akademi Seni Budaya

Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Bagaimanap­un, selepas mengikuti arwah bapanya ke pelbagai majlis dan acara, selain melihat sendiri bagaimana bapanya bertugas sebagai pengacara majlis, lama-kelamaan timbul minat untuk menceburi bidang sama.

Peluang itu akhirnya tiba apabila Zharif ditawarkan untuk menjadi pembaca berita TV9 sebaik saja menamatkan latihan industri di stesen TV berkenaan.

Sebagai penerus legasi, Zharif mengaku tanggungja­wab besar terletak di bahunya kerana dia perlu menjaga nama baik banyak pihak, termasuk bapanya sendiri.

“Berikutan itu pada peringkat awal, saya tidak begitu selesa dikenali sebagai anak Aziz Desa. Bagaimanap­un lama-kelamaan, saya sedar ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya juga tahu, bergelar anak

Aziz Desa, tanggungja­wab yang dipikul cukup besar.

“Saya kena sentiasa menjaga kelakuan dan mutu kerja kerana pasti akan ada yang akan mengaitkan nama saya dengannya.

“Pembaca berita juga sentiasa diperhatik­an. Jadi, saya kena sentiasa berhati-hati dalam apa juga perkara dilakukan supaya reputasi saya tidak terjejas dan nama baik syarikat dapat dijaga,” katanya ketika ditemui dalam satu sesi ramah mesra bersama media yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Hadir sama, rakan setugasnya, Hawa, dan Eksekutif Editor Jabatan Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali.

Minat lakonan, pengacaraa­n

Melihat kepada portfolio jejaka berusia 23 tahun ini, ternyata bidang lakonan bukanlah sesuatu yang asing buatnya. Apakah

Zharif akan meneruskan minatnya dalam bidang lakonan walaupun selepas menjadi pembaca berita?

“Sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran, saya terikat dengan peraturan stesen, iaitu tidak boleh berlakon. Kalau saya nak terus berlakon, mungkin saya kena berhenti kerja terlebih dulu.

“Selain berlakon, saya berminat juga untuk menjadi pengacara. Malah, saya ada juga hasilkan travelog sendiri disebabkan minat.

“Kalau ada peluang, saya berminat juga menjadi pengacara program berbentuk majalah. Tengoklah nanti bagaimana kerana fokus saya sekarang ini adalah untuk menjadi pembaca berita dan wartawan penyiaran yang berjaya,” katanya yang ketika ini masih menjalani latihan sebelum muncul bersiaran di kaca TV. Pembaca berita

 ??  ?? Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz,
Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia