Berita Harian

Gembira dapat tunai janji

-

Mengulas pemilihan Zharif sebagai penyampai berita untuk TV9, Wan Sabariah berkata, selain berbakat, ia juga disebabkan janjinya terhadap arwah Aziz.

“Ketika arwah masih hidup, beliau ada meminta saya buat uji bakat ke atas anaknya. Bagaimanap­un, perkara itu ditangguhk­an sehinggala­h Zharif selesai menjalani latihan industri.

“Saya lihat, dia ada potensi dan alhamdulil­lah, akhirnya dapat juga saya tunaikan janji mahu mengambil Zharif sebagai pembaca berita saluran ini.

“Sebagai permulaan,

Zharif akan membaca berita untuk slot tengah hari, berpasanga­n dengan pembaca senior,” katanya.

Iras Neelofa beri Hawa kelebihan?

Bakatnya mula dikesan oleh Wan Sabariah ketika dia masih bergelar pelatih industri untuk program Wanita

Hari Ini. Melihat potensi yang ada padanya, Hawa diminta menghantar resume dan menjalani sesi uji bakat sebelum terpilih bersama-sama Zharif menjadi pelapis pembaca berita saluran terbabit.

Walaupun sebelum ini Hawa pernah tular apabila wajahnya dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon dan pengacara, Neelofa, namun menurut Wan Sabariah, ia bukanlah faktor utama gadis itu terpilih.

“Hawa diambil menjadi penyampai berita bukan kerana wajahnya seiras Neelofa, tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi pembaca berita.

“Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawan­an penyiaran. Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah boleh disolek, tetapi suara dan kredibilit­i tidak boleh dibentuk,” ujarnya.

Sampai berita sahih

Sebagai pembaca berita, Hawa mengakui cabaran besar menantinya, terutama ketika ramai yang berpendapa­t kebanyakan berita arus perdana sukar dipercayai.

“Kalau kita lihat sekarang ini, orang lebih mempercaya­i berita yang tidak sahih sumbernya. Mereka hanya nak dengar apa yang mereka mahu. Sebagai pembaca berita dan pada masa sama, wartawan penyiaran, menjadi tugas kami untuk menyampaik­an berita yang sahih walaupun dikecam penonton.

“Kita kena menyampaik­an sesuatu yang benar walaupun ada ketika ia pahit untuk ditelan. Itulah cabaran terbesar kami sebagai pembaca berita era ini,” ujar graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawan­an daripada Universiti Teknologi MARA (UITM) ini.

Sama seperti Zharif yang pernah berlakon, gadis berusia 22 tahun ini juga aktif dalam tarian dan lakonan, terutama ketika masih di institusi pengajian tinggi.

“Saya memang minat menari dan pernah mewakili Malaysia dalam pertanding­an tarian di sebuah festival di Hungary. Saya juga aktif berlakon teater ketika belajar dulu.

“Disebabkan terikat dengan peraturan, nampaknya tak dapatlah saya teruskan bidang seni itu,” ujarnya yang juga boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin. Pembaca berita

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia