Berita Harian

‘Jangan ganggu kami lagi’

Tidak perlu bersemuka, isteri Aliff Aziz pinta Afifah jauhkan diri

-

Bukan sekali dua, tetapi sudah kerap kali kepercayaa­n isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, Bella Astillah, dikhianati. Bagaimanap­un, disebabkan sifat sabar yang masih menebal, seboleh mungkin wanita berusia 23 tahun itu cuba memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap apa yang dilakukan suaminya itu.

Namun, kesabaran manusia ada batasannya dan Khamis lalu, berlaku situasi tegang apabila

Bella menemui suaminya keluar dengan wanita lain di sebuah tempat yang mencurigak­an, iaitu di pusat hiburan.

Ekoran kejadian itu, berlaku pertengkar­an yang membawa kepada kecederaan sehingga Bella membuat laporan polis, sekali gus menyebabka­n suaminya itu ditahan reman selama dua malam.

Demi anak, akhirnya Bella menarik balik laporan polis dan Aliff dibebaskan, Sabtu lalu.

Harap suami sedar

Ekoran keputusann­ya, netizen mula mempersoal­kan mengapa wanita berasal dari Sabah itu begitu mudah memaafkan suaminya yang bersikap curang, lebih-lebih lagi ketika dirinya sedang dalam pantang selepas melahirkan anak sulung.

Kata mereka, Aliff harus dihukum atas perbuatann­ya itu yang disifatkan sebagai lelaki tidak bertanggun­gjawab.

Mengulas komen netizen itu, sebagai orang yang mengalami sendiri pengalaman pahit terbabit, pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah ini berkata, walaupun sudah memaafkan perbuatan suaminya, namun jauh di sudut hati amat sukar untuk dia melupakan segala apa yang berlaku.

Malah, dengan jujur dia mengaku sedikit sebanyak kepercayaa­n terhadap suami tercinta sudah terhakis gara-gara perbuatann­ya itu.

“Memang tipulah kalau nak kata saya kini percayakan dirinya seratusper­atus. Kepercayaa­n itu sudah hilang daripada saya. Tetapi saya harap perlahan demi perlahan, hari demi hari, Aliff boleh tunjukkan apa yang dikatakann­ya.

Biar lambat atau cepat, itu terpulang padanya dan saya akan cuba jalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

“Walaupun lega dengan penjelasan Aliff, namun saya belum gembira sepenuhnya. Luka di hati masih berdarah, namun saya perlu fikir ke depan, termasuk anak saya. Saya berharap semua orang mendoakan Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar apa yang berlaku menghancur­kan segala-galanya, termasuk kepercayaa­n saya kepadanya,” tegas Bella ketika ditemui selepas mengadakan sidang media berhubung kontrovers­i rumah tangga mereka di sebuah hotel di Bukit Jelutong, Shah Alam, Isnin lalu.

Sila jauhkan diri

Pada sidang media itu, Aliff bukan saja mengaku bersalah kerana keluar berdua-duaan dengan pelakon baharu, Afifah Nasir, yang juga gandingann­ya dalam sebuah drama bersiri berjudul Izinkan Aku Mencintaim­u, tetapi dia juga menafikan berita yang tersebar mendakwa dirinya ber- tindak memukul Bella.

Enggan insiden berulang kembali, Bella memberi amaran kepada Afifah, yang juga adik kepada aktres, Anzalna, itu supaya dia menjauhkan dirinya daripada terus menjadi orang ketiga.

“Saya minta dia tidak lagi mengganggu keluarga kami dan dia juga tidak perlu untuk datang bertemu dengan saya bagi menjelaska­n segala-galanya kerana saya sudah nampak dengan mata dan kepala saya sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

“Kalau dia mahu minta maaf, itu adalah hak dia. Saya doakan yang terbaik untuk semua,” kata Bella.

Saya berharap semua orang mendoakan Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar apa yang berlaku menghancur­kan segala-galanya, termasuk kepercayaa­n saya kepadanya” Bella Astillah

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN /BH ] ??
[ FOTO OSMAN ADNAN /BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia