Berita Harian

PERAKAUNAN

Topik ini perlu dikuasai pelajar untuk membantu mereka menyediaka­n sesebuah penyata kedudukan kewangan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Perakaunan adalah antara cabang sains dan matematik yang bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan untuk makluman mereka yang berkepenti­ngan seperti pengurus, penguat kuasa korporat, pemegang saham, pemiutang atau pemilik perniagaan.

Sehubungan dengan itu, prinsip perakaunan penting bagi mereka yang ingin menjalanka­n perniagaan, malah menjadi asas penting kepada masyarakat setempat dalam membuat perancanga­n perbelanja­an harian dengan lebih sistematik dan berkesan.

Wartawan BH Skor, Encik Mohd Khairul Anam Md Khairudin, menemubual Guru Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur, Puan Bahiah Othman, mengenai keperluan menguasai topik Persamaan Perakaunan Tingkatan Empat secara menyeluruh.

Persamaan Perakaunan adalah satu persamaan yang menghubung­kan aset, liabiliti dan ekuiti kepada seseorang pemilik akaun.

Komponen itu juga dikenali sebagai persamaan penyata kedudukan kewangan dan perlu sentiasa diimbangi membabitka­n jumlah aset sama dengan jumlah liabiliti serta ekuiti pemilik.

Guru Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Seri Petaling, di sini, Puan Bahiah Othman, berkata topik itu perlu dikuasai pelajar untuk membantu mereka menyediaka­n sesebuah penyata kedudukan kewangan dengan sebaiknya.

Praktikkan konsep

Beliau berkata, konsep Persamaan Perakaunan adalah asas bagi pelajar mendalami semua topik dipelajari dalam subjek Prinsip Perakaunan seperti menerusi kitaran perakaunan.

“Apa yang penting, pelajar mesti memahami asas perakaunan, iaitu debit, kredit, liabiliti dan ekuiti, iaitu sebagai contoh, pelajar membeli perabot bernilai RM800 secara kredit daripada pembekal A.

“Mereka perlu tahu aset itu adalah merangkumi liabiliti dan ekuiti di mana apabila aset bertambah, liabiliti juga meningkat, manakala ekuiti pemilik tidak berubah seterusnya menjadi kesamaan seimbang,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Puan Bahiah berkata, setiap pelajar perlu mem

Puan Bahiah Othman

Guru Prinsip Perakaunan SMK Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur praktikkan konsep dalam topik berkenaan dengan berkesan, sekali gus membantu mereka mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Fikir luar kotak

Beliau berkata, kaedah pembelajar­an secara kreatif mampu menggalakk­an minat pelajar mengikuti sesi pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc) di dalam bilik darjah.

“Pelajar mesti bijak mengaitkan sesuatu jawapan itu berdasarka­n markah yang diperuntuk­kan, pada masa sama perlu berfikir di luar kotak khususnya ketika menjawab soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang kerap diajukan pada Bahagian A Kertas Dua SPM.

“Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti LCD dan tayangan video secara tidak langsung berupaya memupuk keceriaan pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajar­an harian,” katanya.

Pelajar digalakkan membuat perbincang­an secara berkumpula­n serta berkongsi pandangan dengan rakan lain khususnya membabitka­n topik sukar”

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] ?? Pelajar sedang mendengar penerangan mengenai topik dipelajari daripada Puan Bahiah
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] Pelajar sedang mendengar penerangan mengenai topik dipelajari daripada Puan Bahiah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia