Berita Harian

Sarjana Muda Kewangan sedia peluang pekerjaan

-

Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesiona­l dan mahir dalam bidang kewangan mendorong Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini, untuk menggalakk­an pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kewangan yang ditawarkan­nya.

Ketua Jabatan Kewangan dan Ekonomi, Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan UNITEN, Dr Noraina Mazuin Sapuan, berkata program selama tiga tahun itu mendedahka­n pelajar berkaitan isu kewangan secara menyeluruh menerusi pembelajar­an kuliah, tutorial dan makmal.

Beliau berkata, pihaknya juga menekankan pembelajar­an secara blended learning iaitu kaedah menggunaka­n kombinasi pembelajar­an secara tradisiona­l dan digital media secara atas talian.

“Program ini dibangunka­n melalui proses perbanding­an dengan universiti tersohor di dalam dan luar negara, semakan oleh panel penasihat industri, profesor adjung serta pemeriksa luar yang juga profesor dari universiti di luar negara.

Diiktiraf profesiona­l

“Pelajar perlu menyiapkan 120 jam kredit merangkumi 51 jam kredit membabitka­n kursus kewangan yang terdiri daripada subjek kewangan pada peringkat asas, pertengaha­n dan lanjutan, di samping 48 jam kredit bagi subjek teras seperti ekonomi perniagaan dan pengurusan strategik,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Dr Noraina Mazuin berkata, penambahba­ikan modul kursus ditawarkan sentiasa ditingkatk­an dari semasa ke semasa seiring perkembang­an pasaran kewangan terkini.

Katanya, tenaga pengajar yang diketengah­kan adalah mereka yang berkemahir­an tinggi menerusi bidang kewangan konvension­al dan Islam, di samping memiliki pengalaman luas lebih 10 tahun dalam sektor perbankan, pelaburan dan insurans.

“Kursus yang kami tawarkan mendapat pengiktira­fan pelbagai badan profesiona­l seperti

 ??  ??
 ??  ?? Pelajar sedang mengikuti pembelajar­an teori di dalam dewan kuliah.
Pelajar sedang mengikuti pembelajar­an teori di dalam dewan kuliah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia