Berita Harian

Segerakan proses penyediaan nasi kerabu

Super Magic Rice dapat mengurangk­an kesan makanan terhadap kesihatan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Melihat kepada proses penyediaan nasi kerabu yang rumit dan perlu melalui tempoh yang lama untuk disiapkan mendorong pasukan inovasi dari Sekolah Menengah (SM) Sains Jeli, di sini, membangunk­an produk inovasi Super Magic Rice.

Guru pasukan inovasi sekolah itu, Cik Salmi Suhani Kamaruddin, berkata inovasi diketengah­kan adalah berkonsep beras berwarna hijau yang menggunaka­n pewarna semula jadi daripada daun pitang yang tidak toksik serta boleh bertukar kepada nasi berwarna ungu gelap apabila dimasak.

Beliau berkata, lebih penting, produk berkenaan dapat menjimatka­n masa, di samping dapat mengelakka­n penggunaan pewarna tiruan dalam menghasilk­an nasi kerabu.

"Proses awal adalah mengekstra­k daun pitang menjadi air ekstrak daun pitang (WEP) sebelum direndamka­n ke dalam beras selama 30 minit serta dikeringka­n dengan ketuhar pada suhu 45 darjah Celcius selama 30 minit.

Impak positif

"Seterusnya, WEP ini diuji ketoksikan­nya menggunaka­n

(BSLT) dengan keputusan menunjukka­n WEP adalah tidak toksik. Kandungan WEP juga diuji menggunaka­n

(HPLC) dan didapati terdapat beberapa antosianin yang menyebabka­n warna beras bertukar selepas dimasak," katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Cik Salmi Suhani bagaimanap­un menjelaska­n produk berkenaan masih pada peringkat prototaip dan cadangan, selain perlu melalui beberapa fasa kajian saintifik untuk membuktika­n keberkesan­annya dari sudut saintifik dan klinikal.

"Inovasi ini mampu memberi impak positif kepada masyarakat khususnya bagi mengelak kesan terhadap kesihatan apabila menggunaka­n pewarna tiruan dalam makanan.

"Saya berharap supaya kajian lanjut seperti kaedah pembungkus­an yang sesuai dan ujian terhadap jangka hayat produk ini dapat dijalankan bagi mendapatka­n hak harta intelek (IP), sekali gus inovasi ini dapat dipasarkan dengan lebih meluas," katanya.

 ??  ?? Pasukan
Pasukan
 ??  ?? inovasi SMS Jeli menunjukka­n kejayaan dimenangi mereka menerusi Super Magic Rice.
inovasi SMS Jeli menunjukka­n kejayaan dimenangi mereka menerusi Super Magic Rice.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia