Berita Harian

Pelajar SMK Seafield redah ladang sawit

-

Kuala Selangor

:Bagi pelajar sekolah luar bandar, meredah ladang sawit atau sawah adalah perkara biasa, namun pengalaman luar biasa bagi pelajar sekolah di bandar besar, khususnya di Lembah Klang.

Bagi 102 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Subang Jaya, pengalaman kali pertama meredah ladang sawit dan berkhemah dalam kawasan penanaman komoditi itu adalah pengalaman baharu yang sangat berharga.

Penyelaras Kokurikulu­m sekolah itu, Encik Muhammed Tasnim Hassan, berkata peserta terbabit bertuah kerana terpilih menyertai Perkhemaha­n Perdana Unit beruniform Kelima di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Kuala Selangor, baru-baru ini.

Katanya, mereka teruja berjumpa peladang dan penyelia ladang untuk berkongsi pengalaman sebagai peladang, cabaran dan bagaimana menguatkan mental ketika harga minyak sawit jatuh mendadak di pasaran dunia.

Pengalaman bermanfaat

"Mereka sememangny­a amat teruja kerana sebelum ini hanya memperoleh maklumat mengenai petani menerusi pembacaan atau melalui kaca televisyen, namun menerusi program meredahhut­andan ikhtiar hidup mereka berpeluang menemui sendiri peladang," katanya.

Selain meredah hutan dan ikhtiar hidup, pengisian lain program dua hari itu ialah membina menara keyakinan, ikatan tali kecemasan, membina khemah, riadah, kerohanian, lari berhalanga­n, lariankoma­ndo,malam kebudayaan, memanah, cabaran yoyocart, ice breaking dan camp fire.

Sementara itu, Penyelaras II yang juga bertanggun­gjawab memilih modul pengisian program itu, Encik Zaharol Ismail, berkata peserta memperoleh pengalaman bermanfaat dan dapat menjayakan semua kegiatan dijalankan.

 ??  ?? Seramai 102 pelajar menyertai Perkhemaha­n Perdana Unit beruniform Kelima di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Kuala Selangor.
Seramai 102 pelajar menyertai Perkhemaha­n Perdana Unit beruniform Kelima di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Kuala Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia