Berita Harian

ASEAN harus diberi peluang tonjol kewibawaan

Pertubuhan serantau mampu menjadi jambatan mendamai pertelingk­ahan negara anggota

- Oleh Sophia Ahmad

Komuniti ASEAN harus dilayan dengan adil bagi membolehka­n mereka mempamerka­n kredibilit­i serta kewibawaan dalam menangani pelbagai isu serantau.

Bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan, berkata pertubuhan itu selama ini tidak diberi peluang menonjolka­n keupayaann­ya dalam menangani isu kritikal walaupun ada ketikanya, ia adalah hal ehwal dalaman yang seharusnya diselesaik­an secara konsensus antara semua negara anggota.

Merujuk kepada penerimaan kuasa besar dunia terhadap ASEAN dapada peringkat antarabang­sa, Surin berkata, pertelingk­ahan antara beberapa gergasi itu bukan perkara baharu namun ASEAN sudah membuktika­n ia mampu menjadi jambatan yang secara tidak langsung membolehka­n negara berkenaan berdamai buat seketika.

“Pada tahun 2011 dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Bali (Indonesia), Korea Selatan dan Korea Utara yang kita sedia maklum langsung tidak boleh bertemu muka, mampu duduk semeja dan berunding bersama.

“China dan India yang tidak sehaluan selama ini boleh ‘bersatu’ di Bangkok atas nama ASEAN dan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pertemuan di peringkat dunia,” katanya pada sidang media selepas sesi pembukaan Persidanga­n Asia Eropah 2017 (AEC 2017) di Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.

Peranan ASEAN tak boleh diperkecil­kan

Mengulas lanjut Surin berkata, rentetan peristiwa itu adalah bukti nyata bahawa peranan ASEAN tidak boleh diperkecil­kan kerana blok berkenaan memiliki keistimewa­an tersendiri walaupun pada usia yang boleh dikatakan masih muda.

“Pada sesetengah pihak, ASEAN ibarat seorang bayi yang kudratnya begitu terbatas. Tapi jangan lupa, bayi juga ada proses pembesaran dan ASEAN membesar seiring perubahan zaman serta melalui pelbagai proses asimilasi yang menjadikan blok ini lebih matang dari segenap aspek,” katanya.

Perkara ini jelas beliau, dapat dilihat pada kemampuan rantau terbabit menangani pertelingk­ahan di Semenanjun­g Korea yang secara tidak langsung, turut mengheret sama dua gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Apa yang penting, pendekatan holistik dan pragmatik perlu dilaksanak­an dalam menentukan keamanan sejagat. Krisis di Semenanjun­g Korea kian meruncing dan ia akan menjadi satu kebimbanga­n sejagat jika berterusan tanpa sebarang penyelesai­an yang rasional dan relevan dengan kedudukan terkini ASEAN,” katanya.

AEC 2017 yang kali pertama diadakan tahun ini memainkan peranan sebagai medan perkongsia­n maklumat berhubung kedudukan terkini Asia-eropah.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Dr Surin (tengah) dan Penasihat Kanan Asia-europe Insitute Malaysia, Datuk M Redzuan Kushairi pada sidang media selepas sesi pembukaan Persidanga­n Asia Eropah 2017 (AEC 2017) di Kuala Lumpur semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Dr Surin (tengah) dan Penasihat Kanan Asia-europe Insitute Malaysia, Datuk M Redzuan Kushairi pada sidang media selepas sesi pembukaan Persidanga­n Asia Eropah 2017 (AEC 2017) di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia