Berita Harian

‘Kaedah duduk dan bincang sudah tak sesuai’

-

Kuala Lumpur: Peranan ASEAN sebagai penggerak utama rantau ini perlu diperkasa, serentak dengan kemunculan pelbagai cabaran di peringkat global yang boleh memberi kesan negatif kepada pertubuhan itu jika tidak ditangani secara efektif.

Bekas Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Raden Natalegawa memberi amaran, sebarang polemik di rantau ini tidak mungkin dapat diselesaik­an secara komprehens­if sekiranya ASEAN masih kekal dengan pendekatan konservati­f ‘duduk dan bincang’ yang diamalkan sejak sekian lama.

Katanya, ASEAN perlu bergerak seiring zaman yang kian berubah, justeru pertubuhan itu harus keluar dari zon selesa dan mengambil pendekatan lebih agresif dalam menyelesai­kan sebarang isu berkaitan.

Berdepan keperluan kritikal

“Struktur ekonomi global dan senario geopolitik dunia semakin sukar diramal dan saya melihat ASEAN berdepan keperluan yang cukup kritikal untuk memastikan pendekatan diambil berhubung sesuatu isu kekal relevan.

“Kaedah ‘duduk dan bincang’ untuk mencari jalan penyelesai­an kini tidak lagi mampu menangani segenap aspek isu yang timbul. Keupayaan pendekatan itu semakin terhad walaupun ia terbukti berjaya sejak 50 tahun lalu,” katanya pada sidang media pada Persidanga­n Asia-eropah 2017 (AEC2017), di sini, semalam.

Menurut Marty, fenomena dunia tanpa sempadan dan kecanggiha­n teknologi menyaksika­n rantau ini berhadapan situasi luar jangka hampir setiap hari, sekali gus memerlukan tindakan segera semua pihak berkaitan.

“ASEAN tidak lagi boleh kekal dengan gaya lama. Mereka perlu segera bangun dan meninggalk­an kepompong untuk bertindak sertamerta setiap kali perlu berbuat demikian,” katanya.

Merujuk perkembang­an terkini isu yang menyelubun­gi Semenanjun­g Korea, beliau berkata, Forum Serantau ASEAN (AFR) seharusnya memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada penyelesai­an isu berkenaan.

Ia katanya, bertepatan dengan objektif AFR yang mengkhusus kepada aspek keselamata­n dan penganjura­n pelbagai dialog berkaitan.

Kaedah ‘duduk dan bincang’ untuk mencari jalan penyelesai­an kini tidak lagi mampu menangani segenap aspek isu yang timbul. Keupayaan pendekatan itu semakin terhad walaupun ia terbukti berjaya sejak 50 tahun lalu” Dr Marty Raden Natalegawa, Bekas Menteri Luar Indonesia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia