Berita Harian

MYRUMAH 2017 PACU POTENSI SEKTOR HARTANAH KEDAH

Hasrat mahu melihat setiap keluarga ada kediaman sendiri

- Oleh Adha Ghazal dan Petah Wazzan Iskandar bhnews@bh.com.my

Inisiatif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menganjurk­an Pameran Hartanah Myrumah 2017 (Myrumah) di Kedah, selaras usaha kerajaan negeri merealisas­ikan inisiatif ‘satu keluarga satu rumah’.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata adalah menjadi hasrat kerajaan negeri melihat setiap keluarga di Kedah memiliki kediaman sendiri seperti disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan untuk itu usaha menyediaka­n kediaman dalam kategori mampu milik harus diberi keutamaan.

Beliau mengakui kerajaan negeri tidak mampu untuk melakukan sendiri, sebaliknya kerjasama daripada pihak seperti kumpulan pemaju yang menjadi pemain utama industri amat diperlukan untuk mewujudkan suasana muafakat yang turut dijayakan NSTP melalui pameran Myrumah ini.

“Dalam keadaan pembanguna­n yang semakin pesat di Kedah, kerajaan negeri menggerakk­an usaha untuk melihat sektor perumahan di Kedah semakin rancak...pastinya setiap dasar diluluskan berkaitan perumahan dipastikan lebih mesra untuk mewujudkan suasana ‘menang-menang’ bagi semua pihak yang turut meliputi pembeli.

Penanda aras

“Kepesatan pembanguna­n menjadi penanda aras kepada ekonomi negeri dan di Kedah, bukan sahaja pemaju swasta, tetapi anak syarikat kerajaan negeri juga aktif membangunk­an hartanah dalam pelbagai bentuk, demi memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah sendiri, cuma pemaju jangan jual terlalu mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Myrumah 2017 yang pertama kali dibawa ke Kedah melalui siri ketiga penganjura­nnya yang akan berlangsun­g tiga hari bermula semalam di Aman Central, di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrul Hisham Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Bashah bersama Abdul Jalil dan Badrol Hisham bergambar bersama penaja pada Majlis Perasmian Pameran Hartanah Myrumah Anjuran NSTP di Alor Setar, semalam.
Ahmad Bashah bersama Abdul Jalil dan Badrol Hisham bergambar bersama penaja pada Majlis Perasmian Pameran Hartanah Myrumah Anjuran NSTP di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia