Berita Harian

‘SELAMAT TINGGAL KONTROVERS­I’

Hati-hati atur langkah elak diri berterusan dibelenggu gosip liar

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Pengalaman menjadi pengukur kematangan hidup. Saya sentiasa mengingatk­an diri, saya tidak mahu lagi hidup dalam kontrovers­i seperti yang pernah dilalui dulu

Bertahun lamanya pelakon yang diperkenal­kan menerusi filem Perempuan Muka Surat Tujuh, Nina Iskandar berjuang membina nama, kerjaya dan populariti.

Bintang filem Pengantin Malam dan Hospital itu sanggup berkelana ke bumi Malaysia meninggalk­an keluarga tersayang di Brunei Darussalam demi mengejar impi- annya bergelar bintang.

Sebagai manusia biasa, Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 26, tidak pernah terlepas melakukan kesilapan. Ketika baru membina nama, pelakon kelahiran Brunei Darussalam itu diulit cinta dan menghilang­kan diri tanpa dapat dikesan.

Pelakon berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Cina itu bagaimanap­un, kembali selepas putus tunang. Kepulangan­nya itu juga terpalit dengan kontrovers­i apabila Nina nekad membuka hijab.

Terbaharu, ketika namanya kembali menyinar menerusi drama Andainya Takdir arahan Along Kamaludin yang mencatat jumlah 10 juta tontonan ketika disiarkan di

TV3, timbul pula dakwaan Nina mula menunjukka­n belang.

Pelakon berwajah manis itu juga didakwa mahu meninggalk­an syarikat pengurusan yang pernah menabur jasa kepadanya, MIG Talent. Nina didakwa membelakan­gkan syarikat pengurusan­nya dan mengambil projek drama secara senyap.

Nina bagaimanap­un, menyangkal dakwaan berkenaan. Akuinya, mana mungkin dia meninggalk­an MIG Talent, sedangkan kontraknya masih berbaki dua tahun.

“Semua itu timbul kerana salah faham. Saya difahamkan, cerita saya tunjuk belang itu timbul menerusi sebuah video, tetapi saya tidak sempat melihatnya. Apa yang saya tahu, video itu sudah dipadamkan. Saya tidak tahu butiran yang tersiar dalam video itu.

“Jadi, apabila ditanya, saya tidak tahu apa yang harus dijelaskan. Jika mahu anggap saya seperti kacang lupakan kulit, ia amat kelakar. Saya masih bersama MIG Talent malah, kontrak juga masih berbaki selama dua tahun. Bagaimana saya boleh melepaskan diri?

“Saya faham, ini harga yang harus dibayar selepas seseorang artis mula mencipta nama dan populariti. Rasanya tidak perlu saya membebanka­n fikiran dengan memikirkan perkara yang tidak berlaku. Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia. Jadi, biarkan saja,” katanya.

Bersemuka dengan pengurusan

Nina berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan­nya. Produser, David Teo juga tidak pernah memanggiln­ya untuk menuntut sebarang penjelasan.

“Saya tidak faham dan keliru kenapa video itu boleh tersebar, tetapi kemudian dipadamkan.

Apa motif video berkenaan? Saya akan bertemu dengan David untuk berbincang nanti,” katanya.

Nina yang memulakan kerjaya lakonan di negara kelahirann­ya menerusi drama Erna Suraya pada tahun 2011 itu berkata, perasaanny­a tidak terganggu dan terusik dengan gosip liar yang mula menghimpit dirinya.

“Bagi saya, mulut manusia tidak akan berhenti bercakap. Lebih lagi apabila nama mula dikenali. Segala tindak-tanduk dan kelakuan menjadi ukuran. Saya sudah lali melaluinya kerana sejak dulu, ada saja gosip liar yang membelengg­u diri.

“Pengalaman menjadi pengukur kematangan hidup. Saya sentiasa mengingatk­an diri, saya tidak mahu lagi hidup dalam kontrovers­i seperti yang pernah dilalui dulu. Saya pernah membuat kesilapan besar, jadi saya lebih berhati-hati dalam setiap perkara.

“Saya tidak mahu berterusan dikecam. Cukuplah dulu, siang malam saya jadi mangsa kutukan ramai, saya serik,” katanya yang kini sibuk dengan penggambar­an telefilem Korban Jalil & Jiman arahan Rahila Ali untuk siaran RTM.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia