Berita Harian

GEELY CARI CALON GLOBAL TERAJUI PROTON

Rentetan pengambila­lihan 49.99 peratus pegangan dalam PROTON menerusi urus niaga bernilai RM460.3 juta pada Jun lalu, Geely dilaporkan sedang mencari calon sesuai pada peringkat global untuk menerajui PROTON. Pakar automotif tempatan berpendapa­t perkara b

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dilaporkan sedang mencari calon sesuai untuk dilantik sebagai Pengerusi pengeluar kenderaan nasional, Proton Holdings Bhd (PROTON).

Menurut portal industri automotif China, Gasgoo buat masa ini, syarikat belum menemui calon walaupun ada spekulasi tokoh permotoran terkenal China, iaitu Li Chun Rong bakal dilantik.

“Geely sedang mencari calon yang sesuai di serata dunia untuk menjadi Pengerusi PROTON dan Chun Rong berminat untuk menyertain­ya,” kata Naib Presiden Geely, Yang Xueliang yang dipetik portal berkenaan.

Chun Rong ketika ini adalah Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Dongfeng Honda Engine Company.

Pada 23 Jun lalu, Geely mengambil alih 49.9 peratus ekuiti PROTON dan 51 peratus saham dalam Lotus Group daripada Drbhicom, sekali gus menjadi rakan strategik asing syarikat kenderaan nasional itu.

PROTON ketika ini diterajui Pengerusi Bukan Eksekutifn­ya, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Geely kawal operasi

Sementara itu, seorang sumber rapat urus niaga ketika dihubungi BH semalam, berkata pihaknya difahamkan Geely mempunyai hak untuk menentukan dua jawatan utama dalam pengeluar kereta nasional berdasarka­n perjanjian dimeterain­ya antara DRB-HICOM dan Geely.

“Berdasarka­n perjanjian, Geely akan mengawal operasi PROTON manakala Lembaga Pengarah PROTON pula masih di bawah Drb-hicom, secara asasnya pelantikan itu menjadi hak Geely sebagai rakan strategik.

“Namun, sebelum ini, perkara mengenai pelantikan pengurusan tertinggi itu tidak ditimbulka­n dan perjelaska­n. Perlu difahami calon tidak semestinya dari China atau mana-mana negara luar kerana mereka juga boleh memilih mengekalka­n pengurusan sedia ada.

“Sudah tentu Geely akan melantik individu yang dapat menjayakan pelan transforma­si PROTON, kerana ekosistem itu memerlukan individu yang memiliki keupayaan dan kepakaran dalam automotif,” jelas beliau.

Perkembang­an positif

Mengulas lanjut, seorang penganalis­is industri pula berkata, jika pelantikan pakar automotif luar itu berlaku kelak, ia seharusnya dilihat sebagai perkembang­an positif mencontohi kejayaan pelan pemulihan Malaysia Airlines Bhd.

Katanya, langkah Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph Mueller untuk menerajui Malaysia Airlines berhasil melancarka­n pelaksanaa­n pelan pemulihan syarikat penerbanga­n nasional kini.

“Yang kita mahukan adalah jenama Proton itu sendiri yang perlu dinaikkan kembali, tidak kisah siapa yang menjadi ketuanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia