Berita Harian

Fikry mula berlagak?

- Raja Mawar Nurfatimah Mohamed rajamawar@bh.com.my

Apabila terlalu dipuja, sering kali seseorang artis yang mencipta populariti dengan sekelip mata akan menjadi seperti ‘kaduk naik junjung’. Bukan mahu mengata, tetapi itu hakikat yang berlaku dalam industri hiburan hari ini.

Bukan seorang dua, tetapi sudah bersepah artis yang makin lupa diri dan berlagak sombong. Malas nak sebut siapa gerangan si bongkak berhidung tinggi, tetapi siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Nampaknya sindrom yang sama turut menjalar kepada pelakon baharu yang meraih populariti pantas selepas muncul dengan drama Hero Seorang Cinderella, Fikry Ibrahim, 23.

Nama Fikry juga menjadi bualan apabila didakwa semakin berlagak, betul ke? Khabarnya, pemenang ketiga program realiti, Lawak Solo itu sudah berani menunjukka­n sikap yang menjengkil­kan ketika menjalani penggambar­an sebuah program TV, baru-baru ini.

Berangan di lokasi

Sumber membisikka­n kepada Raja, kru produksi bengang dengan sikap berangan Fikry. Panas tidak boleh, menunggu lama pula mula akan buat muka rengsa. Sampai begitu sekali ke Fikry?

Khabarnya, hasil kerja Fikry bagus, silap sana sini itu biasa kerana dia masih baharu dalam bidang pengacaraa­n. Kalau Fikry mampu melakukan tugasnya dengan baik dan sekali redah saja, tentu kru produksi tidak perlu menunggu lama. Apa Fikry ingat kulit kru produksi kalis panas matahari?

Kalau Fikry panas, orang lain pun rasa yang sama. Jadi, buatlah kerja cepat-cepat jika tidak mahu berjemur lama di tengah terik matahari. Siapalah sanggup bekerja tengah panaskan...

Kru panas hati

Raja dengar, sikapnya yang berlagak tidak tentu hala menyebabka­n ada kru produksi panas hati dan menegurnya. Kalau ditegur pun masih berlagak lagi, entahlah apa nak jadi.

Sumber juga membisikka­n kepada Raja, Fikry dengan berlagak memberitah­u, dia nampak bagus kerana berlakon dengan Fattah Amin. Alahai. Tak sangka ada juga niat mahu menumpang populariti Fattah! Tidak dinafikan, watak Noah Farizzam mencipta pengaruh yang tersendiri. Tetapi, ingat semua itu kekal ke? Esok lusa ada drama yang lebih hebat, Noah Farizzam tentu belayar ke lautan sudahnya! Jadi, beringatla­h sebelum dilupai. RAJA: Aktres Nur Fathia Abdul Latiff tidak jadi berkahwin dengan jejaka bernama A, sedangkan perancanga­n sudah dilakukan. Apa sudah jadi?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia