Berita Harian

Pangkalan IBS Forest City terbesar di dunia

3 fasa projek dibina CGPV siap tempoh tiga tahun

- Oleh Zuraidah Mohamed dan Mohd Fahmi Yusof

Pemaju projek mega Forest City, Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) melakar sejarah dan melangkah setapak ke hadapan selepas merasmikan Pangkalan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) terbesar di dunia yang bakal disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Md Othman Yusof, berkata keseluruha­n tiga fasa projek pembinaan pangkalan IBS Forest City membabitka­n kos berjumlah RM2.6 bilion yang menempatka­n enam kilang.

“Menerusi projek ini yang mengguna pakai transforma­si teknologi terkini, ia mampu menghasilk­an 260,000 kubik meter bahan (IBS) yang boleh digunakan untuk membina satu juta meter persegi keluasan bangunan.

CGPV labur RM470 juta

“CGPV melabur kira-kira RM470 juta untuk pembinaan kilang pertama daripada tiga (fasa pertama) membabitka­n keluasan 7.28 hektar ini,” katanya berucap pada majlis perasmian dan pembukaan kilang IBS Forest City di sini, semalam.

Majlis pelancaran bangunan dan kilang pertama itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Johor, Datuk Tee Siew Kiong serta Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Holdings, Mo Bin.

Sementara itu, Siew Kiong berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan dan menyambut baik projek IBS daripada Forest City yang canggih itu kerana ia bakal mengubah landskap sektor pembinaan Johor dengan pemodenan teknologi pembinaan.

Pelaburan berimpak tinggi

“Johor memerlukan projek pelaburan berimpak dan berteknolo­gi tinggi, pada masa sama kurang kebergantu­ngan terhadap buruh dan meningkatk­an pekerja berkemahir­an semimahir kepada yang tinggi.

“Kerajaan negeri akan terus mengadakan pelbagai usaha dan inisiatif yang properniag­aan dan mesra pelabur bagi memastikan Johor mengekalka­n kedudukan nombor satu dalam menarik pelaburan sektor pembuatan di Malaysia,” katanya.

Beliau juga yakin projek Pangkalan IBS Forest City itu akan menghasilk­an peluang pekerjaan, menggalakk­an pemindahan pengetahua­n dan mewujudkan kesan limpahan ekonomi terhadap penduduk setempat.

Md Othman Yusof, Pengarah Eksekutif CGPV Menerusi projek ini mengguna pakai transforma­si teknologi terkini, ia mampu menghasilk­an 260,000 kubik meter bahan (IBS) yang boleh digunakan untuk membina satu juta meter persegi keluasan bangunan”

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Siew Kiong (empat dari kiri) bersama Mo Bin (tiga dari kanan) dan Md Othman (dua dari kanan) melihat pelan pembanguna­n kilang IBS Forest City pada majlis perasmian dan pembukaan kilang IBS Forest City, di Gelang Patah.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Siew Kiong (empat dari kiri) bersama Mo Bin (tiga dari kanan) dan Md Othman (dua dari kanan) melihat pelan pembanguna­n kilang IBS Forest City pada majlis perasmian dan pembukaan kilang IBS Forest City, di Gelang Patah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia