Berita Harian

SAJ Ranhill bekal 10 juta liter air sehari penuhi keperluan

-

Johor Bahru: SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ) menyediaka­n infrastruk­tur membekalka­n air sebanyak 10 MLD ( juta liter sehari) bagi memenuhi keperluan kawasan perbandara­n baharu di Forest City, Gelang Patah.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman, berkata setakat ini pembanguna­n Forest City dimajukan oleh Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) itu hanya menggunaka­n 6.5 MLD.

Katanya, Forest City adalah antara projek pembanguna­n mega dan berkepadat­an tinggi yang memerlukan tumpuan khusus termasuk dari aspek penyediaan infastrukt­ur bagi memastikan pembekalan air di kawasan itu tidak terjejas.

“Forest City sama seperti pelanggan besar lain (perbandara­n baharu) yang memerlukan satu infrastruk­tur khusus disediakan bagi membekalka­n air ke kawasan itu. Kami yakin mampu menyediaka­n bekalan air mencukupi berdasarka­n keupayaan kami yang sudah melebihi permintaan,” katanya.

Bekalan air dijangka cecah 30 MLD

Ahmad Faizal berkata, menjelang 2020, permintaan bekalan air di Forest City dijangka mencecah 30 MLD dan SAJ kini sedang membina sistem pengagihan air khusus untuk Forest City dan beberapa pembanguna­n lain yang akan dimajukan di kawasan itu.

Sementara itu, Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Johor memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan CGPV bagi melaksanak­an enam inisiatif untuk meningkatk­an penyertaan usahawan di Forest City.

Naib Pengerusi PUMM Johor (Pembanguna­n Ekonomi Komuniti), Mike Chau, berkata menerusi MOU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasam­a menganjurk­an pelbagai program serta aktiviti di Forest City yang semakin pesat membangun khusus untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, kerjasama itu juga bagi menyediaka­n platform maklumat pemeroleha­n yang bertindak memadankan vendor dan syarikat pembekal yang memenuhi keperluan di pembanguna­n Forest City untuk jangka panjang.

Forest City antara projek pembanguna­n mega dan berkepadat­an tinggi yang memerlukan tumpuan khusus termasuk aspek penyediaan infrastruk­tur bagi memastikan pembekalan air di kawasan itu tidak terjejas” Ahmad Faizal Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SAJ

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia