Berita Harian

Dr Mahathir cuba cetus ‘perang saraf’ dalam UMNO

Lagakan dua pemimpin tertinggi parti selepas serangan secara luaran gagal

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa cuba menyuntik virus kebencian untuk merobohkan UMNO secara dalaman selepas pelbagai usahanya selama ini gagal.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad, menyifatka­n gerakan untuk mencetuska­n ‘perang saraf ’ terhadap institusi Presiden UMNO adalah taktik terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Beliau sendiri (Dr Mahathir) pernah cakap UMNO kuat kerana benteng dalamannya, iaitu barisan kepemimpin­an presiden menjaga ahli pada peringkat akar umbi.

Ubah taktik

“Oleh itu, Dr Mahathir yang kini mengepalai pembangkan­g, ubah taktik dengan menumpukan usaha melagakan pemimpin UMNO dari dalam kerana semua serangan menerusi ‘pintu’ luar selama ini menemui jalan buntu.

“Inilah taktik terbarunya, tetapi barisan kepemimpin­an UMNO jangan tunduk dengan helah ini,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad, di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya meminta sokongan untuk mengguling­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berpegang konsep walak

Ahmad Mukhriz berkata, cubaan untuk mewujudkan pergeseran dengan melaga-lagakan kepemimpin­an UMNO adalah sia-sia kerana setiap ahli berpegang teguh kepada konsep walak.

“Ahmad Zahid bukan orang luar di Pekan kerana pernah menjadi Setiausaha Politik Najib ketika Perdana Menteri menyandang jawatan Menteri Pertahanan.

“Jadi, mustahil untuk ranapkan pertalian yang sudah terjalin antara Ahmad Zahid dan Najib kerana ia ibarat ‘aur dengan tebing’, saling melengkapi.

“Sudah-sudahlah Dr Mahathir dengan seranganny­a untuk menggoyahk­an tiang dalam UMNO kerana muslihat seperti ini tidak akan berhasil,” katanya.

Cubaan untuk mewujudkan pergeseran dengan melagakan kepemimpin­an UMNO adalah sia-sia kerana setiap ahli berpegang teguh kepada konsep walak” Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad, EXCO Pemuda UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia