Berita Harian

SPRM didesak terus siasat kes Guan Eng

-

Georgetown: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang semalam mendesak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan lebih terperinci berhubung kes rasuah membabitka­n Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Memorandum desakan itu diserahkan kepada Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad selepas perhimpuna­n hampir 50 ahli Pemuda BN negeri berkumpul di lobi Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.

Perlu meletak jawatan

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim, berkata Guan Eng juga perlu meletak jawatan bagi menghormat­i Ikrar Bebas Rasuah yang ditandatan­gani kerajaan negeri dengan SPRM, semalam.

“Kami mahu SPRM teruskan siasatan terhadap Guan Eng atau sekurang-kurangnya pastikan proses perbicaraa­n atau pendakwaan tidak lagi tertangguh.

“Jika benar-benar Guan Eng mengotakan Ikrar Bebas Rasuah, beliau perlu meletak jawatan kerana kini berdepan perbicaraa­n kes rasuah di mahkamah. Jangan hanya pandai berikrar,” katanya.

Terdahulu, Dzulkifli yang menaiki kenderaan rasmi SPRM, berhenti dan meluangkan masa kira-kira lima minit di lobi KOMTAR bagi menerima memorandum berkenaan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Dzulkifli hadir bersama Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagi menyaksika­n kerajaan DAP Pulau Pinang, diketuai Guan Eng menandatan­gani IBR.

Kami mahu SPRM teruskan siasatan terhadap Guan Eng atau sekurangku­rangnya pastikan proses perbicaraa­n atau pendakwaan tidak lagi tertangguh” Rafizal Rahim, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Rafizal menyerahka­n memorandum mendesak SPRM segerakan siasatan terhadap Guan Eng kepada Dzulkifli di pekarangan pintu masuk KOMTAR, Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Rafizal menyerahka­n memorandum mendesak SPRM segerakan siasatan terhadap Guan Eng kepada Dzulkifli di pekarangan pintu masuk KOMTAR, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia