Berita Harian

Kumpulan ekspedisi temui ‘lebuh raya’ purba

Laluan perdaganga­n Timur-barat rentas utara Tanah Melayu jimatkan masa pedagang

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias wanti@bh.com.my

Satu kumpulan ekspedisi mendakwa menemui ‘laluan penarikan’ iaitu laluan perdaganga­n sebenar Timur-barat yang merentasi utara semenanjun­g Tanah Melayu pada pemerintah­an Kerajaan Langkasuka tahun 2 Masehi (M) dari muara Sungai Muda berhampira­n Sungai Batu, Kedah hingga ke muara Sungai Patani, Thailand.

Laluan yang merentasi semenanjun­g ini menjimatka­n perjalanan yang amat jauh sekiranya mengelilin­gi Semenanjun­g dari Laut China Selatan dan Selat Melaka yang menghubung­kan laluan perdaganga­n Timur-barat, misalnya ke pelabuhan seperti Langkawi.

Misi jejak Langkasuka ini terdiri daripada arkitek, Zulkifli Hamzah; pereka grafik, Abdul Razak Aziz; pereka grafik, Intan Zarinah Jailani; penerbit filem, Khairul Anwar Saidin; adi guru ukiran kayu, Norhaiza Noordin; pelukis terkenal, Ilse Noor serta pakar sejarah tempatan. Ekspedisi bermula pada Februari 2015 dan menemuinya sembilan bulan kemudian.

Panduan awal untuk menjejaki laluan ini dibuat berdasarka­n peta lama Tanah Melayu yang dikongsika­n Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia, Dr Muhammad Pauzi Abd Latif serta kajian purba relau peleburan besi pada 535 Sebelum Masihi (SM) oleh Pengarah Pusat Penyelidik­an Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Datuk Prof Dr Mokhtar Saidin serta kumpulanny­a.

Elak kena samun lanun

Ini kerana besi digunakan penduduk sebagai tukaran dengan barang dagangan lain yang dibawa pedagang China menggunaka­n laluan berkenaan.

Zulkifli yang juga anak bekas Menteri Belia dan Sukan serta tokoh sukan negara, Allahyarha­m Tan Sri Hamzah Abu Samah yang mengetuai misi berkenaan berkata, penemuan laluan itu menunjukka­n kemungkina­n besar permulaan kewujudan kerajaan Langkasuka bermula di Tanah Melayu lebih tepat berbanding ia dikatakan di Patani, Thailand.

Beliau berkata, ia dinamakann­ya laluan penarikan kerana sampan yang membawa barang dagangan itu apabila sampai di hujung sungai di Banjaran Titiwangsa terpaksa ditarik oleh pedagang beratus meter menggunaka­n gajah untuk dibawa ke sungai di sebalik banjaran berkenaan.

“Barang itu mulanya dibawa pedagang China menerusi hubungan diplomatik, tiba di Patani, dengan kapal besar sebelum dipindahka­n kepada 200 sampan yang dikemudi rakyat tempatan dan menyelusur­i laluan rahsia itu bagi mengelak barang dagangan disamun lanun jika melalui laut serta menjimatka­n masa perjalanan.

“Sepanjang perjalanan barang ditukar secara sistem barter antara penduduk dan pedagang China. Bagaimanap­un pedagang lebih berminat kepingan besi hitam yang dikatakan paling berkualiti di dunia. Ibarat mata wang sekeping besi bersamaan 12 biji kelapa nilainya.

“Dalam erti kata lain, sungai ibarat lebuh raya dan kesan tapak rumah menghadap sungai berbanding sekarang sungai di belakang rumah, selain barang dagangan ketika kerajaan Langkasuka seperti pinggan dan lain-lain masih disimpan penduduk Kedah,” katanya yang sudah membukukan pengalaman itu dengan tajuk Jejak Langkasuka.

Dr Muhammad Pauzi pula berkata, catatan seorang sami Buddha yang pernah datang ke Kedah Tua sebanyak dua kali iaitu 671 Masihi dan 682 Masihi yang dikenali sebagai I-tsing atau Yi Jing daripada Dinasti Tang menceritak­an orang Melayu ketika itu dianggap paling tinggi kedudukann­ya kerana mengawal ekonomi menerusi perdaganga­n, menentukan siapa boleh masuk, siapa keluar dari negara ini, hidup aman damai bersama India dan China sehingga dikenali Langkasuka atau bahasa Sanskrit bermakna Land of Happy People.

Teknologi amat canggih

“Ada 12 lakaran orang Melayu pertama bernama Achita yang datang ke China pada 515 Masehi menemui Maharaja China bagi membayar ufti menjalanka­n hubungan diplomatik yang mengesahka­n sudah wujud laluan perdaganga­n ketika itu. Achita dihantar oleh kerajaan Langkasuka.

“Kami berpendapa­t kerajaan Langkasuka sudah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa berdasarka­n lukisan peta kerajaan itu oleh penjelajah dan ahli geografi Yunani bernama Cladius Ptolemy pada tahun ke-2 Masihi yang menamakan semenanjun­g Tanah Melayu sebagai Golden Chersones atau Semenanjun­g Emas,” katanya.

Sementara itu, Dr Mokhtar menerusi penyelidik­annya mendapati teknologi Melayu dalam pembuatan relau peleburan besi amat canggih dengan kemampuan melebur beribu darjah celcius dan satu keping besi boleh membuat sebilah parang.

Katanya, ujian karbon menunjukka­n usia relau yang ditemui di Kedah lebih tua berbanding relau yang ditemui di Perancis dan Taiwan, malah lebih tua dari kuil Angkor Wat pada 9 Masihi di Kemboja dan kuil Borobudur di Indonesia 12 Masihi.

“Pelbagai persoalan timbul betapa hebatnya pemikiran Melayu ketika itu yang mampu mencipta relau berteknolo­gi dengan keadaan Melayu dikatakan hanya memakai sehelai kain sahaja menutup badan.

“Penemuan relau dan laluan yang lebih tua usianya itu antara bukti yang menunjukka­n kerajaan Langkasuka bermula di Tanah Melayu lebih awal berbanding di Patani,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Zulkifli (berdiri, tengah) bersama Abdul Razak (duduk, dua dari kanan) ketika Misi Jejak Langkasuka.
Zulkifli (berdiri, tengah) bersama Abdul Razak (duduk, dua dari kanan) ketika Misi Jejak Langkasuka.
 ??  ?? Sungai Muda berhampira­n Sungai Batu di Kedah.
Sungai Muda berhampira­n Sungai Batu di Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia