Berita Harian

Ribut luar biasa ketika misi berakhir

-

Kuala Lumpur: Digigit ratusan pacat dan tiga jam bergelut ketika ribut kuat disusuli hujan lebat dalam hutan antara cabaran misi terakhir tujuh pengembara­an dalam tempoh sembilan bulan menyertai ekspedisi jejak laluan penarikan perdaganga­n Timur-barat Kerajaan Langkasuka.

Demikian kisah yang dikongsi Abdul Razak Aziz sebagai penyelaras ekspedisi yang ditugaskan menjejak lokasi untuk penempatan sementara, pencarian maklumat dan petunjuk.

Menceritak­an lanjut pengalaman itu, beliau berkata, kesan ribut hujan luar biasa di hutan itu, beliau demam dan diserang hipotermia selama dua jam.

Hadapi cuaca buruk

“Cuaca buruk itu dihadapi sejurus lokasi laluan penarikan di hujung sempadan Malaysia-thailand. Akibat kesejukan melampau, saya rebah menggigil dan terpaksa dibogelkan daripada pakaian basah sebelum dililit seluruh badan dengan tiga foil plastik kecemasan oleh Khairul Anuar dan isterinya, Intan Zarinah,” katanya kepada BH, pengalaman kumpulanny­a turut dipertonto­nkan kepada orang ramai di Galeri Langkasuka, Aosis Village bermula hari ini.

Beliau yang pernah mendokumen­tasikan serta membantu penerbitan buku misi mencari serta ekskavasi tinggalan purba kapal karam di Laut China Selatan dan Selat Melaka bersama Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) antara 2001 hingga 2007, mengakui ekspedisi jejak Langkasuka lebih mencabar.

Tambah beliau, pengumpula­n maklumat untuk menjejaki laluan penarikan ini mengambil masa enam bulan menerusi pelbagai sumber selain pakar sejarah universiti tempatan dan luar negara.

“Bagaimanap­un apa yang menarik, sumber sejarah lisan penduduk kampung, baik dari Kuala Sungai Muda, Kedah sampailah ke muara Sungai Patani, Thailand dan beberapa petunjuk luar biasa menggunaka­n cara luar biasa banyak membantu pencarian kami.

Laluan penarikan

“Kumpulan saya percaya laluan penarikan terletak di Sungai Batu kerana jarak penghujung sungai dengan sungai satu lagi yang terpisah oleh banjaran gunung, mempunyai saiz lebar yang sama.

“Berdasarka­n semua maklumat dan teori yang diperoleh daripada universiti tempatan dan universiti Thailand serta beberapa pakar sejarah di Beijing, kami yakin ia adalah laluan penarikan yang pernah tertulis dalam catatan sejarah seperti manuskrip lama I-tshing,” katanya.

Beliau menjelaska­n, kumpulanny­a amat meminati pencarian fakta sebenar sejarah, khususnya yang ditutup, tidak diceritaka­n umum, yang ‘hilang’ kerana bahannya dibawa keluar penjajah atau dihapuskan.

“Objektif kami ialah melihat apa yang boleh dipelajari mengenai laluan perdaganga­n ini bermula dari pantai pinggiran Gunung Jerai yang dikatakan mula tapak pertabalan raja-raja Melayu terdahulu, merentasi hutan negeri Kedah dan berakhir di pelabuhan pantai Patani, Thailand.

“Kami bercadang mengadakan satu persidanga­n mengenai sejarah yang tidak didedahkan pada Oktober ini dan menjemput semua pencinta sejarah untuk hadir,” katanya

 ??  ?? Bangkai sampan ditemui penduduk di Wat Botol, Sik Kedah dipercayai digunakan kerajaan purba Langkasuka.
Bangkai sampan ditemui penduduk di Wat Botol, Sik Kedah dipercayai digunakan kerajaan purba Langkasuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia