Berita Harian

EU patut iktiraf kejayaan ASEAN tentukan dasar, hala tuju terbaik

Belum terlewat perkasa hubungan dua hala

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my

Pencapaian ASEAN sejak ditubuhkan memerlukan Kesatuan Eropah (EU) menilai semula hubungan antara mereka termasuk mengiktira­f pertubuhan Asia Tenggara itu berjaya menentukan dasar dan hala tuju terbaik bagi rantau ini.

Dekan Fakulti Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura, Prof Kishore Mahbubani ketika menjelaska­n perkara ini, merujuk kepada sikap EU terhadap keputusan ASEAN menerima Myanmar sebagai ahli dan pendekatan negara Eropah dalam isu Syria.

“Perlu ada satu penilaian yang sangat jujur dalam hal hubungan EU-ASEAN ini. Mari berlapang dada dan imbas semula peristiwa sebenar yang berlaku sekitar 30 atau 40 tahun lalu.

Pandang remeh ASEAN

“Kejayaan EU untuk berdiri sama tinggi dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa besar dunia selepas kemenangan dalam Perang Dingin bersama Kesatuan Soviet menjadikan mereka angkuh dan mula memandang remeh keupayaan ASEAN,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada hari terakhir Persidanga­n Asia-eropah 2017 (AEC2017) di Universiti Malaya, di sini semalam.

Ia katanya dapat dilihat menerusi tindakan EU yang mempersoal­kan keputusan ASEAN menerima keanggotaa­n Myanmar hanya kerana negara itu ditadbir oleh rejim tentera.

“Banyak pihak sudah melupakan episod ini tetapi saya berpendapa­t, EU wajar mengaudit semula dan membanding­kan kaedah diguna pakai kedua-dua pihak dalam menangani peralihan kuasa di jajahan mereka.

“Lihat cara EU menangani keadaan di Syria dan bandingkan dengan kaedah digunakan ASEAN dalam menangani senario di Myanmar. Bagaimana ASEAN menekankan kepentinga­n untuk berunding secara damai.

Wajar akui kesilapan

“Setidak-tidaknya, mohon maaf dan mengakui kesilapan mereka yang menghukum ASEAN kerana menerima keanggotaa­n Myanmar. Adalah mustahil hubungan EU dan ASEAN untuk menemui nafas baharu jika mereka enggan mengakui kesilapan dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, EU terlebih dahulu menghampir­i China, sesuai dengan kedudukan negara itu sebagai pemegang kuasa ekonomi terbesar Asia namun ternyata ia bukan satu pendekatan yang relevan berikutan faktor geopolitik republik berkenaan.

“Mereka beralih kepada India tetapi langkah ini juga tidak tepat. EU tersilap langkah kerana cuba memasuki Asia dari pintu yang salah kerana laluan yang tepat sebenarnya adalah menerusi ASEAN,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Kishore yang juga bekas Duta Singapura ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berkata, masih belum terlewat untuk EU memperkasa hubungan bersama ASEAN.

“Sejarah perhubunga­n EU dan ASEAN sebenarnya bermula dengan cara yang salah kerana ia bertitik-tolak kepada sikap kesatuan itu yang hanya berorienta­sikan kepada kepentinga­n diri tanpa mempedulik­an manfaat yang perlu ada pada pihak lain,” katanya.

Banyak pihak sudah melupakan episod ini tetapi saya berpendapa­t, EU wajar mengaudit semula dan membanding­kan kaedah diguna pakai kedua pihak dalam menangani peralihan kuasa di jajahan mereka” Kishore Mahbubani, Dekan Fakulti Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia