Berita Harian

Kebanjiran pendatang asing jadi cabaran global

-

Kuala Lumpur: Kebanjiran pendatang asing yang menimbulka­n isu kepelbagai­an budaya adalah antara cabaran paling getir perlu ditangani komuniti global ketika ini.

Permasalah­an itu yang dihadapi di Eropah dan juga anggota ASEAN perlu ditangani secara komprehens­if untuk kelangsung­an generasi seterusnya, khususnya melalui penerimaan komuniti tempatan.

“Setiap kemasukan pendatang asing ke mana-mana negara adalah bersandark­an kepada satu tujuan utama iaitu masa depan yang lebih cerah. Mereka akan kekal sehingga lahir generasi seterusnya.

“Kerana itu perlu ada satu kelangsung­an yang membolehka­n mereka memanfaatk­an kehadiran itu tanpa menjadi liabiliti kepada negara terbabit,” kata Pengarah Pusat Komunikasi dan Sains Kognitif Universiti Gothenburg, Professor Jens Allwood.

Penerimaan penduduk tempatan kepada kehadiran pelarian itu yang ditakrif sebagai perpaduan sosial adalah kritikal dalam memenuhi keperluan komuniti tempatan dan asing.

Sejauh mana keadaan itu boleh dilihat daripada sikap toleransi, tahap penerimaan dan fleksibili­ti antara dua komuniti terbabit.

“Tidak ada salahnya untuk kumpulan yang lebih dominan saling bertolak ansur khususnya dari aspek perbezaan budaya dengan kumpulan minoriti atau sebaliknya.

Pembentuka­n jati diri

“Nilai ini berkait rapat dengan pembentuka­n jati diri dan sahsiah rohani yang mampan, iaitu antara ciri khas dimiliki dalam kalangan penduduk ASEAN,” katanya semasa mengambil bahagian dalam sesi kedua Persidanga­n Asia Eropah 2017 (AEC2017) di Universiti Malaya, di sini semalam.

“Ada tiga faktor perlu diberi perhatian utama bagi membolehka­n permasalah­an ini ditangani secara positif supaya dapat mengelakka­n kemungkina­n berlakunya pemisahan, pengasinga­n dan ekstremism­e dalam kalangan komuniti yang baru tiba,” katanya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Dari kiri; Prof Zha Daojiong dari Universiti Peking; Prof Tham Siew Yean dari Universiti Kebangsaan Malaysia; Prof Park Sung Hoon dari Universiti Korea dan Prof Sebastian Bersick dari Universiti East Asia Ruhr Jerman pada AEC2017 di Kuala Lumpur,...
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Dari kiri; Prof Zha Daojiong dari Universiti Peking; Prof Tham Siew Yean dari Universiti Kebangsaan Malaysia; Prof Park Sung Hoon dari Universiti Korea dan Prof Sebastian Bersick dari Universiti East Asia Ruhr Jerman pada AEC2017 di Kuala Lumpur,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia