Berita Harian

Mangsa bunuh rapat dengan bapa saudara

Syed Mohd Fazrul menjaga Wan Amir kerana mereka berdua bekerja di tempat sama

- Oleh Norrasyida­h Arshad dan Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Syed Mohd Fazrul Syed Mohd Ridhuan, 23, pengawal keselamata­n sebuah pusat penyembeli­han ayam di sini yang disyaki dibunuh, sanggup menjaga bapa saudaranya menghidap sawan yang turut ditemui maut bersamanya.

Bapa saudara mangsa, Zulkefli Abu Hassan, 55, berkata Syed Mohd Fazrul menjaga bapa saudaranya itu, Wan Amir Hamzah, 48, kerana mereka berdua bekerja di tempat sama.

“Adik saya (Wan Amir Hamzah) menghidap sawan tapi tak serius. Arwah yang nak menjaganya,” kata Zulkefli ketika ditemui BH, di sini malam kelmarin.

Syed Mohd Fazrul dan Wan Amir Hamzah ditemui mati dengan kesan tetakan pada seluruh badan di pusat penyembeli­han ayam di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, di sini kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin dan dipercayai mati pada 1 Ogos lalu.

Suspek dipercayai rakan mangsa

Di Shah Alam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata suspek jenayah itu disyaki bertindak seorang diri kerana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiada individu lain di lokasi ketika kejadian berkenaan.

“Suspek juga melarikan kereta Satria Neo milik Syed Mohd Fazrul dan kita percaya wang gaji RM3,000 diterima mangsa pada 31 Julai lalu turut dilarikan. Polis sedang giat memburu suspek termasuk meneliti CCTV di setiap plaza tol.

“Suspek yang juga rakan kepada dua mangsa itu dipercayai masih berada dalam negara dan polis yakin dia dapat ditangkap dalam masa terdekat,” katanya.

Mazelan berkata, polis juga sudah menahan tiga warga Bangladesh yang bekerja di tempat sama petang kelmarin bagi membantu siasatan.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Zulkefli menenangka­n ibu mangsa, Wan Noor Hafidah Abu Hassan (tengah) ketika menunggu proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Zulkefli menenangka­n ibu mangsa, Wan Noor Hafidah Abu Hassan (tengah) ketika menunggu proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia