Berita Harian

Hasrat penduduk mahu Balai Polis Setiawangs­a tercapai

-

Kuala Lumpur: Hasrat penduduk Taman Setiawangs­a yang sejak sekian lama mahukan Balai Polis Setiawangs­a di kawasan itu, akhirnya menjadi kenyataan apabila ia pembinaann­ya sudah bermula bulan lalu.

Ketua UMNO Bahagian Setiawangs­a, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique, berkata ia adalah khabar gembira baginya bersama penduduk yang sudah memperjuan­gkan pembinaan balai polis itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Jangka siap 20 bulan

Katanya, kontraktor dilantik sudah memulakan proses pembinaan pada 17 Julai lalu dan yakin balai polis itu mampu disiapkan dalam tempoh 20 bulan yang diperuntuk­kan, iaitu sekitar Mac 2019.

“Tanah ini milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya serta penduduk sudah memperjuan­gkan pembanguna­n balai polis ini sejak saya menjadi Ahli Parlimen lagi.

“Namun, atas sebab tertentu ia tidak menjadi kenyataan (pada ketika itu) dan sekarang, kami amat gembira serta berterima kasih kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri atas kelulusan pembinaan ini,” katanya.

Zulhasnan yang juga Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat berkata demikian ketika ditemui semasa membuat lawatan ke tapak pembinaan Balai Polis Setiawangs­a di Jalan Setiawangs­a 8 dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan SPA Integrated Sdn Bhd, Datuk Fauzi Omar dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 Setiawangs­a, Fauziah Jamaludin.

Balai Polis Setiawangs­a akan dibina di atas Lot 28289 seluas kira-kira 0.45 hektar dengan kos RM10.9 juta, dilengkapi satu blok pejabat tiga tingkat serta empat unit kuarters.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Zulhasnan (lima dari kiri) mendengar penerangan daripada Fauzi (empat dari kiri) ketika melawat tapak projek pembinaan Balai Polis Taman Setiawangs­a, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Zulhasnan (lima dari kiri) mendengar penerangan daripada Fauzi (empat dari kiri) ketika melawat tapak projek pembinaan Balai Polis Taman Setiawangs­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia