Berita Harian

INSENTIF PENUH

Pekebun kecil dapat sijil MSPO

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memberikan insentif 100 peratus kepada pekebun kecil bagi mendapatka­n pensijilan Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO).

Menteri Perusahaan Perlada ngan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata lebih RM130 juta akan diperuntuk­kan bagi membiayai insentif berkenaan sepanjang tiga tahun sehingga tarikh pelaksanaa­n mandatori MSPO, iaitu 31 Disember 2019.

Katanya, berdasarka­n statistik terkini daripada Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), sebanyak 1,969,321 hektar ladang sawit yang diusahakan oleh hampir 650,000 pekebun kecil persendiri­an dan terancang masih belum mendapatka­n pensijilan MSPO.

“Insentif penuh itu diberikan bertujuan menampung yuran pengaudita­n pensijilan.

“Sehingga kini, hanya ada 244,622 hektar ladang, termasuk 7,113 hektar di bawah pekebun kecil dan 22 kilang yang sudah mendapat pensijilan MSPO.

“Kerajaan berharap dengan pemberian insentif berkenaan, jumlah keluasan ladang yang mendapat pensijilan MSPO akan meningkat dua kali ganda kepada lebih 500,000 hektar ladang menjelang Disember ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Asas bagi penjenamaa­n

Pensijilan MSPO akan menjadi asas bagi penjenamaa­n minyak sawit Malaysia di masa akan datang.

Malaysia sudah melaksanak­an skim berkenaan secara sukarela sejak Januari 2015. Tambah nya lagi, kementeria­n mengadakan beberapa rundingan dengan pihak berkepenti­ngan dalam industri sawit mengenai isu pasaran dan langkah pengukuhan eksport produk sawit ke pasaran global.

“Kami juga akan terus mempromosi­kan MSPO ke pasaran antarabang­sa menerusi jaringan kerjasama dengan skim pensijilan luar negara seperti Roundtable Sustainabl­e Palm Oil (RSPO) dan Internatio­nal Sustainabl­e Carbon Certificat­ion (ISCC),” katanya.

Maklumat lanjut mengenai insentif berkenaan serta langkah permohonan akan dimuat naik dalam laman web MPOB dalam masa terdekat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia