Berita Harian

Eksport bulan Jun menokok 10 peratus

-

Eksport Malaysia meningkat 10 peratus kepada RM73.07 bilion pada Jun berbanding setahun lalu, disokong oleh penjualan lebih kukuh produk elektrik dan elektronik serta produk sawit.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jualan gas asli cecair dan produk kimia lebih tinggi juga menyumbang kepada pertumbuha­n eksport.

“Eksport berkembang sebanyak 10 peratus kepada RM73.07 bilion, manakala import meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada RM63.19 bilion. Lebihan dagangan Jun RM9.88 bilion menandakan bulan ke-236 berturut-turut lebihan dagangan sejak November 2017 dan lebihan dagangan tertinggi sejak April 2016,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa berkata, import Malaysia meningkat melalui pembelian barangan perantara dan modal yang lebih tinggi, ketika negara membeli lebih sedikit barangan perbelanja­an.

“Jumlah perdaganga­n Malaysia bagi Jun 2017 meningkat sebanyak tujuh peratus kepada RM136.26 bilion, berbanding RM127.38 bilion yang direkodkan pada Jun 2016. Peningkata­n disokong khususnya melalui perdaganga­n dengan China, India, Jepun, Kesatuan Eropah (EU), ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Taiwan dan Korea Selatan,” katanya.

Jumlah dagangan naik

Eksport dan import Malaysia meningkat pada separuh pertama 2017, berbanding setahun lalu.

Mustapa berkata, eksport meningkat 21 peratus kepada RM451.05 bilion, manakala import bertambah 23.3 peratus kepada RM408.12 bilion.

“Pada separuh pertama 2017, jumlah perdaganga­n Malaysia meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM859.17 bilion, daripada RM704 bilion yang direkodkan pada separuh pertama tahun lalu. Lebihan dagangan RM42.93 bilion direkodkan pada separuh pertama 2017, berbanding RM41.79 bilion pada separuh pertama 2016,” katanya.

Pada Mei, eksport Malaysia meningkat 32.5 peratus berbanding setahun sebelumnya, manakala import berkembang 30.4 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Eksport dan import Malaysia meningkat pada separuh pertama 2017, berbanding setahun lalu.
[ FOTO HIASAN ] Eksport dan import Malaysia meningkat pada separuh pertama 2017, berbanding setahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia