Berita Harian

Kerjasama 4 bidang Malaysia-thailand

Langkah mampu perkukuhka­n lagi jaringan ekonomi

-

Hanneeyzah Bariah Baharin

Thailand mahu mengukuhka­n kerjasama ekonomi dengan Malaysia menerusi empat bidang yang dilihat paling berpotensi iaitu digital, inovasi, sains dan teknologi serta industri getah.

Timbalan Pengarah Jabatan Promosi dan Perdaganga­n Antarabang­sa Thailand, Vannaporn Ketudat, yang turut menyatakan kekaguman terhadap potensi Malaysia dalam bidang berkenaan berkata, kedua-dua negara patut menjalin kerjasama lebih erat dalam sektor itu.

“Malaysia sangat cekap dalam bidang inovasi, digital, perniagaan kreatif dan industri getah dan begitu juga Thailand.

“Jadi kami melihat peluang untuk mengembang dan mengukuhka­n lagi jaringan ekonomi kedua-dua negara dalam sektor berkenaan sangat besar,” katanya pada sidang media pada Forum dan Ekspo ASEAN - India 2017 di Queen Sirkit National Convention Centre di Bangkok, Thailand.

Disertai 11 negara ASEAN

Ekspo dan forum dua hari bermula kelmarin yang disertai lebih 500 delegasi dari 11 negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, India, Brunei, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Kemboja dan Vietnam dirasmikan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.

Ia diadakan sempena Ulang Tahun Ke-25 hubungan ASEAN-INDIA, bertujuan memperkuku­h kerjasama strategik dalam kalangan 10 negara ASEAN dengan India, mempelbaga­i hubungan perdaganga­n dan pelaburan serta memperkuku­h sektor pelanconga­n serta perniagaan negara terbabit.

Sebanyak 10 syarikat Malaysia menyertai ekspo berkenaan iaitu Buminiche Sdn Bhd; Craft Internatio­nals Group Sdn Bhd; Datmel Technology Sdn Bhd; Dswiss Sdn Bhd; Infinite Power Sdn Bhd; Kejurutera­an Elektrik Suria (M) Sdn Bhd; LKS (M) Sdn Bhd; New Wave Asia Co Ltd; Prairie Marketing Ltd dan Sal Corporatio­n Co Ltd.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut dijemput sebagai panel rundingan dalam forum berkenaan dengan tajuk ‘Next Chapter of Trade and Investment Relations Under ASEAN - India FTA’.

Thailand kagumi Malaysia

Dalam pada itu, beliau berkata, kelembapan ekonomi dunia tidak menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi ASEAN dan Malaysia serta Thailand dilihat antara rantau yang mencatatka­n pertumbuha­n ekonomi mapan.

“Peluang ekonomi tetap ada dan kita hanya perlu mencarinya. Forum dan ekspo ini adalah antara platform terbaik untuk negara ASEAN merebut peluang dagangan dan ekonomi,” katanya.

Vannaporn berkata, Thailand juga mengagumi kelebihan Malaysia dalam melahirkan generasi berkemahir­an tinggi dan negara itu juga menumpukan usaha sama menerusi Thailand 4.0, bagi melahirkan lebih ramai tenaga berkemahir­an tinggi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia