Berita Harian

Kerjasama strategik Forest City, 21 syarikat

Langkah buka lebih banyak peluang kepada rakyat, ekonomi Johor

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Forest City memeterai kerjasama strategik dengan 21 syarikat daripada pelbagai industri dalam usaha ke arah membuka lebih banyak peluang kepada rakyat dan menyumbang pada ekonomi Johor.

Sebelum ini, pada Disember tahun lalu, pemaju projek mega itu memulakan kerjasama strategik dengan 36 syarikat daripada pelbagai industri dalam usaha ke arah membina bandar pintar dan hijau pertama di empat pulau buatan, di Johor Bahru.

Majlis menandatan­gani kerjasama dengan 21 syarikat itu disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, di Gelang Patah, Johor semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Eksekutif Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV), Datuk Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahaman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Country Garden Holdings, Mo Bin, Ketua Pegawai Eksekutif CGPV, Su Baiyan dan Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Md Othman Yusof dan barisan EXCO kerajaan Johor.

Lancar mercu tanda ikonik

Rakan strategik itu membabitka­n organisasi terkemuka termasuk berkaitan perubatan dan penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, pelanconga­n, perkhidmat­an kewangan, teknologi baru, bandar pintar dan pembanguna­n teknologi hijau.

Antara syarikat berkenaan termasuk Mesiniaga, Tiong Nam, Ranhill SAJ Sdn Bhd, University of Reading Malaysia, Deutsche Bank, Focus Adventure, Foshan Hospital of TCM, Glyken, Formation Group dan PCCW Global.

Sempena program itu, Tunku Ismail turut berkenan melancarka­n mercu tanda ikonik baharu Forest City, Menara Carnelian yang akan menempatka­n ruang komersial, pusat beli-belah bebas cukai, pusat pendidikan dan inkubator untuk usahawan kecil dan sederhana.

Md Othman berkata, pembanguna­n mercu tanda ikonik itu sudah bermula secara berperingk­at membabitka­n tiga fasa.

“Secara keseluruha­n tiga peringkat pembanguna­n mercu tanda menara ini membabitka­n keluasan 500,000 meter persegi dan fasa pertama membabitka­n menara setinggi 180 meter di keluasan tapak 170,000 meter persegi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia