Berita Harian

Generasi muda masa depan ASEAN: Mohd Munir

-

Negara anggota ASEAN perlu memberi perhatian kepada pembanguna­n golongan muda memandangk­an mereka menjadi tunggak kepada kejayaan organisasi serantau itu pada masa depan.

Selepas mencatatka­n pelbagai kejayaan dalam tempoh 50 tahun lalu, kini adalah masanya bagi ASEAN untuk melihat dengan teliti mengenai masa depan, peluang dan cabaran yang bakal dihadapiny­a untuk 50 tahun akan datang.

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEANBAC) Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, berkata ASEAN bertuah kerana mempunyai jumlah penduduk muda yang tinggi, dengan 60 peratus pendudukny­a di bawah usia 35 tahun.

Beliau berkata, dengan jumlah penduduk muda yang tinggi, sekali gus meletakkan ASEAN pada kedudukan yang baik untuk berdepan cabaran revolusi Industri 4.0, yang memerlukan pembelajar­an, aplikasi dan tekanan daya saing baharu.

“Golongan muda adalah masa depan ASEAN. Justeru, negara anggota perlu mendekati golo ngan muda ini dan tanya mereka apa yang mereka mahukan dari ASEAN,” katanya pada Persidanga­n ASEAN@50 di Kuala Lumpur, semalam.

Era pendigital­an

Mohd Munir berkata, ada cabaran besar yang bakal dihadapi ekonomi ASEAN dengan pendigital­an yang mana ia bukan sahaja membuka peluang kepada edagang.

Beliau berkata, ia membabitka­n ekonomi baharu, ekonomi digital, masa depan pekerjaan dan pengambila­n pekerja, pendidikan, latihan dan latihan semula yang membentuk masa depan ASEAN.

Menyentuh mengenai kejayaan yang dicatatkan ASEAN sejak ditubuhkan 50 tahun lalu, Setiausaha Perdaganga­n dan Industri Filipina, Ramon M Lopez, berkata pemahaman yang lebih mantap dari sudut keselamata­n dan keamanan serta pelbagai perjanjian tercapai membabitka­n perdaganga­n, perkhidmat­an dan pelaburan adalah antara pencapaian ketara yang dicatatkan organisasi serantau itu.

Melangkah ke hadapan, Lopez

Persidanga­n ASEAN@50 dianjurkan oleh ASEAN-BAC Malaysia.

ASEAN-BAC ilancarkan pada

April 2003.

60 peratus syarikat kecil dan sederhana (PKS) di ASEAN diusahakan oleh golongan muda dan wanita. berkata, ASEAN melangkah ke era edagang, pendigital­an, syarikat kecil dan sederhana mikro, pembanguna­n infrastruk­tur, keterangku­man kewangan menjadi sebahagian perbincang­an di kalangan negara anggota.

Beliau berkata, negara anggota ASEAN juga perlu komited dalam menangani halangan bukan tarif (NTB) dan pendekatan bukan tarif (NTM) demi memelihara kepentinga­n ASEAN ke arah menjadi antara kuasa ekonomi utama dunia. bagi menjamin kemakmuran di rantau ini.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] ?? Mohd Munir (tiga dari kanan) bersama panel persidanga­n ASEAN-BAC pada Persidanga­n ASEAN@50 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] Mohd Munir (tiga dari kanan) bersama panel persidanga­n ASEAN-BAC pada Persidanga­n ASEAN@50 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia