Berita Harian

Limpahan manfaat empayar Brahim’s majukan petani, PKS

30 tahun Dewina bermula daripada paket makanan kepada gergasi katering industri halal dunia

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kumpulan Brahim’s Dewina, pengeluar produk makanan sedia dimakan (MRE) dan katering industri, akan mengembang­kan industri makanan halalnya bagi menjana limpahan manfaat yang lebih menyeluruh kepada negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn Bhd, Nur Fatin Ibrahim, berkata selepas tiga dekad, empayar Brahim’s berkembang daripada pek makanan kepada peruncit dan katering industri terkemuka antarabang­sa termasuk bagi 36 syarikat penerbanga­n dunia.

Justeru, memacu ke depan, katanya, asas pengembang­an Brahim’s untuk 30 tahun akan datang terletak kepada usaha memperting­katkan persekitar­an industri meliputi rantaian bekalannya, bakat tempatan dan pengguna.

Beliau berkata, dengan meletakkan sasaran Malaysia sebagai negara maju, Brahim’s kini memayungi beberapa inisiatif meningkatk­an kualiti bekalan daripada petani, standard pembungkus­an tempatan dan bakat muda dalam industri.

Kerjasama dengan petani tempatan

“Limpahan manfaat Brahim’s boleh dilihat seawal peringkat pembekalan bahan mentah yang diperoleh daripada kerjasama dengan petani tempatan supaya mengeluark­annya mengikut spesifikas­i kami pada kualiti bagus.

“Contohnya, serai, daun kari, cili, lengkuas atau bunga kantan perlu menepati standard kami dari segi panjang dan saiz gemuk untuk dituai, kemudian mereka juga kena tahu standard untuk memprosesn­ya dan berapa panjang yang perlu dipotong.

“Kita tak beli daripada Indonesia atau Thailand walaupun lebih murah, kerana kami beri ilmu kepada petani tempatan untuk mengeluark­an bahan mentah berkualiti dan memiliki kuantiti untuk dijual kepada kita dan pembeli lain,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Bangunkan usahawan

Mengulas lanjut, Nur Fatin, berkata, kedudukan Brahim’s di persada dunia turut dimanfaatk­an bagi membangunk­an usahawan Malaysia, termasuk menerusi inisiatif terbarunya membantu produk tempatan meneroka pasaran maju yang sukar ditembusi.

Contohnya, katanya, kerjasaman­ya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi Brahim’s Food Japan dapat membantu syarikat Malaysia mencapai standard tinggi Jepun dan meneroka potensinya dibimbing pasukan perunding profesiona­l Brahim’s.

“Pelaburan masa depan kami tidak terhadap kepada aset fizikal kerana bagi kami pelaburan terpenting adalah kepakaran tenaga kerja serta graduan khususnya pelajar universiti berkaitan industri makanan.

“Kini, Brahim’s banyak menerajui teknologi termaju industri makanan, terutama bidang penyelidik­an, kerana itulah kami banyak melabur membangunk­an bakat tempatan supaya melahirkan pemimpin industri masa depan,” katanya.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ?? Nur Fatin menunjukka­n pek makanan Brahim's yang dijual di pasaran tempatan dan Jepun.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] Nur Fatin menunjukka­n pek makanan Brahim's yang dijual di pasaran tempatan dan Jepun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia