Berita Harian

Pembeli masih yakin pasaran hartanah 2017: Propertygu­ru

Sentimen disokong kestabilan persepsi harga bagi semua jenis projek

- shahrizan_salian@bh.com.my Oleh Shahrizan Salian

Tinjauan Sentimen Pengguna Propertygu­ru barubaru ini menunjukka­n bahawa keyakinan terhadap sektor hartanah Malaysia kekal stabil dengan 36 peratus daripada responden menyatakan kepuasan yang menyeluruh terhadap keadaan pasaran pada separuh pertama 2017.

Manakala, 24 peratus lagi memberikan pandangan yang neutral dan persepsi negatif susut ke 39 peratus dari tahap tertinggi iaitu 53 peratus pada suku pertama 2015.

Sentimen ini disokong pula oleh kestabilan persepsi harga bagi semua jenis hartanah di Malaysia.

Harga hartanah beransur stabil

Faktor utama yang dinyatakan oleh pengguna bagi kepuasan secara keseluruha­nnya adalah peningkata­n harga hartanah secara beransuran­sur tetapi stabil pada 2017, terutama bagi hartanah perumahan bertanah di pusat perbandara­n utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Ini kontras yang nyata dengan kenaikan harga pada beberapa tahun sebelumnya, dengan mana amalan property flipping oleh spekulator adalah faktor yang menjadi sebab utama dalam mewujudkan senario kemeruapan dan penawaran berlebihan bagi jenis hartanah tertentu.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pasaran hartanah kini terdiri terutamany­a daripada penghunipe­milik atau pelabur jangka panjang. Hartanah bertanah yang umumnya dibeli oleh keluarga atau pasangan yang baru berkahwin berdasarka­n kemampuan memiliki menerusi pendapatan bersama memberikan momentum bagi urus niaga jualan dan belian.

“Kini kediaman dibeli lebih jauh dari pusat bandar dan trend ini muncul sebagai ciri yang kian berkembang bagi 2016 dan 2017. Faktor ini adalah penggerak bagi perkembang­an pasaran hartanah yang lebih stabil dengan peningkata­n nilai mungkin lebih rendah daripada tahun sebelumnya, tetapi lebih stabil dan mampan.

“Rakyat Malaysia berasa lebih terjamin dan selesa dengan senario yang baharu ini,” kata Pengurus Negara Propertygu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez.

Beliau berkata, perkembang­an itu mungkin permulaan bagi pasaran hartanah lebih sihat, yang selanjutny­a akan memperkuku­hkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menjalanka­n urus niaga.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pasaran hartanah kini terdiri terutamany­a daripada penghuni, pemilik atau pelabur jangka panjang” Sheldon Fernandez, Pengurus Negara Propertygu­ru Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia