Berita Harian

Mahu lari daripada watak klise

-

Turut memberikan lakonan berkesan menerusi telefilem Anak-anak Ibu bersama Datin Umie Aida, Balqis berkata, disebabkan terlalu banyak ditawarkan dengan watak klise membuatkan dirinya ingin mencari pembaharua­n dalam kerjaya seninya.

Balqis mengakui, sudah jemu membawakan watak anak kecil yang murung dan banyak bersedih kerana ia sudah dilakukan sejak awal kemunculan­nya dalam dunia lakonan.

Sudah lebih setahun menolak tawaran drama, Balqis berkata, kali terakhir dia muncul menerusi Lambaian Ramadan. Bukan tidak mahu berlakon, tetapi sudah tiba masa dia mencabar kredibilit­inya sebagai pelakon dan mencari watak yang lebih matang.

Idam watak berat

Balqis mengimpika­n watak seperti Mathilda Lando yang dibawakan Natally Portman dalam filem Leon: The Profession­al ketika berusia 12 tahun.

“Saya tidak mahu lagi membawakan watak kanak-kanak yang menangis hanya kerana tidak mendapat patung beruang atau murung kerana ibu bapa bergaduh. Saya mahukan lebih daripada itu, malah ingin mencuba karakter Tarikh lahir: 12 April 2007

Umur: 10 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Bakat seni Balqis dikesan selepas dia menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.

Bakatnya diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin, seangkatan dengan Allahyarha­m Tan

Sri P Ramlee ketika zaman kegemilang­an filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Balqis memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan menjadikan bintang terkenal iaitu Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan.

Balqis membintang­i drama fantasi Halfworlds siaran HBO Asia bersama beberapa pelakon, Bront Palarae, serta dua pelakon Indonesia, Reza Rahadian dan Adinia Wirasti.

Pada 2016, Balqish muncul dalam filem keduanya,

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! terbitan bersama Les’ Copaque Production dan KRU Studios,.

Pencapaian: ASK 2012 : Artis Harapan Pantene (Pelarian)

- ASK 2014: Pelakon Wanita Terbaik Drama (Balqis)

- Anugerah Televisyen Asia ke-19 : Pelakon Wanita Terbaik (Balqis) yang menonjolka­n kekuatan dan kecekalan diri.

“Saya suka dengan lakonan Portman dalam Leon: The Profesiona­l. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak tetapi wataknya matang. Saya mahu berlakon watak berat dan sukar,’ katanya yang menjadikan pelakon, Hasnul Rahmat sebagai idola serta rujukan dalam bidang seni.

Balqis juga sedang menghadiri kelas latihan sebagai persediaan untuk membintang­i filem yang bakal ditayangka­n di peringkat antarabang­sa, selain menjayakan naskhah tulisan Yasu Tanaka dari Jepun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia