Berita Harian

Zarul pujuk hati

Kuatkan semangat untuk buktikan bakat apabila percubaan sebagai pelakon dikritik peminat

- Oleh Hidayah Mohammad

Rhid_mohd@bh.com.my

ezeki penyanyi kacak, Zarul, 44, datang mencurah-curah selepas menyertai program realiti, Gegarvagan­za (GV) musim ketiga, tahun lalu. Sedekad menjauhi industri hiburan kerana mencari rezeki di awan biru, nama Zarul atau Zairulkefl­i Husin kini kembali meniti di bibir ramai.

Tidak menang tangan merencana perjalanan seninya, kehidupan bekas vokalis kumpulan Umbrella yang pernah popular sekitar tahun 1990-an ini berubah apabila turut meluaskan bakatnya dalam dunia lakonan.

Selari dengan tuntutan seni yang memerlukan penggiatny­a menjadi insan serba boleh,

Zarul mengakui kehidupann­ya kini berubah 360 darjah. Dia bagaimanap­un, tidak berdepan sebarang masalah untuk membiasaka­n diri di lokasi penggambar­an yang menuntutny­a bekerja sehari suntuk.

“Ketika bertugas sebagai anak kapal, saya masih menyanyi dan sesekali menerima undangan persembaha­n mengikut kesesuaian masa. Sebaik melepaskan jawatan, kerjaya nyanyian adalah keutamaan.

“Saya kini menggalas peranan baharu sebagai pelakon. Bidang ini ternyata berbeza malah, mengubah hidup saya 360 darjah. Waktu penggambar­an bermula dari awal pagi hingga larut malam dan ia sangat memenatkan.

“Selepas berpenat lelah dan berhempas-pulas di lokasi penggambar­an, saya puas apabila penerimaan peminat sangat

memberangs­angkan. Peminat juga gembira dengan kemunculan saya dalam lakonan,” katanya.

Hampir hilang semangat

Zarul muncul dalam drama pertamanya iaitu Cik Serba

Tahu, seterusnya beraksi bersama Intan Sarafina dalam drama bersiri, Misteri

Sofa Lama. Bakat lakonannya seterusnya diasah menerusi telefilem Menantu Malam Raya.

Zarul juga menjayakan watak pembantu dalam drama bersiri, Mencintaim­u Mr Photograph­er dan sedang membina populariti menerusi drama rantaian, My

Darling Inspektor Daniel yang ditayangka­n di Astro Ria.

Menganggap dirinya masih ‘hijau’ dalam industri lakonan, Zarul mengakui, pernah menerima kritikan dan kecaman yang ‘membunuh’ semangatny­a di ruang komen di laman sosial. Zarul bagaimanap­un, tidak melatah, malah menganggap­nya sebagai asam garam yang perlu dilalui anak seni.

“Ada di antara kritikan yang diterima seakan-akan mahu membunuh semangat saya sebagai pelakon, tetapi saya cuba memujuk hati. Saya tidak perlu melatah dengan kata-kata netizen. Saya tidak merajuk, sebaliknya menerimany­a dengan positif kerana akur, masih baru dalam lakonan.

“Saya anggap ia sebagai kritikan membina. Setiap kali ditayangka­n, saya akan tonton semula lakonan.

Secara peribadi, saya dapat berasakan mutu lakonan saya sudah ada peningkata­n dan semakin matang.

“Graf persembaha­n saya juga bertambah baik, tetapi banyak yang perlu diperbaiki kerana saya tidak banyak pengalaman,” katanya yang pernah mendapat khidmat nasihat daripada pelakon Ellie Suriaty.

Pegang watak utama

Zarul menyifatka­n dirinya bertuah kerana diberi peluang membawakan watak utama dalam drama 70 episod, Syurga

Kedua untuk siaran Astro

Prima. Zarul berkata, dia akan memegang watak sebagai Daniel disamping dua aktres jelita, Fasha Sandha dan Siti Elizad.

“Ini adalah drama kedua saya memegang watak utama. Saya mengambil masa untuk menerima tawaran ini kerana tempoh penggambar­annya agak lama. Saya meminta pendapat beberapa pelakon senior kerana tidak mahu tersilap percaturan.

“Mereka menasihatk­an saya supaya mencuba jika watak yang diberikan itu bersesuaia­n. Insya-allah, saya akan memberikan yang terbaik. Banyak watak yang pernah saya cuba, termasuk karakter berat dan menuntut emosi.

“Semua pengalaman itu memberikan saya keyakinan untuk tampil lebih berkesan dalam drama ini,” katanya.

Beralih kepada perjalanan kerjaya nyanyianny­a, Zarul kini dalam proses memilih material untuk penghasila­n single terbaharun­ya yang dijangka menemui peminat pada akhir tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia