Berita Harian

Jati diri Neon Band

Serius atur langkah, tidak gentar harungi persaingan industri muzik

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Bfatin.farhana@bh.com.my ermula dengan mencuba nasib menyertai pertanding­an pencarian band baharu, tanpa disangka tuah menyebelah­i apabila mereka muncul juara. Hampir setahun berlalu, Neon Band semakin serius mengatur langkah mereka apabila tampil dengan single pertama, Cinta Yang Telah Mati.

Menyandark­an seluruh harapan mereka kepada lagu ciptaan Ippo Hafiz dan

KR, Neon Band percaya single itu memiliki kekuatan tersendiri untuk menempatka­n mereka dalam industri muzik tempatan.

“Alhamdulil­lah, penerimaan peminat terutama di Youtube semakin memberangs­angkan. Kami juga sudah mula menjalanka­n promosi di stesen radio tempatan. Biarpun masih baharu, peminat sudah mula menyedari kehadiran Neon Band.

“Kami juga diberi peluang beraksi sempena Konsert Hot Kool Jam di Melaka, baru-baru ini. Kami gembira dengan penerimaan positif peminat muzik. Ia memberikan kami keyakinan untuk semakin serius mencari peluang dalam bidang ini,” kata

Ezwan Ariff atau Ezwan yang bertindak sebagai vokalis.

Selain Ezwan, Neon

Band turut dimantapka­n dengan lima anak muda yang berkerjaya tetap iaitu Adam Slv (gitar), Azuad Abdullah (dram), Freddie

Kay (keyboard), Naim (bass) dan Shafique Sharif (gitar).

Mengetenga­hkan konsep pop rock, Neon Band akur dengan persaingan, malah menyifatka­n ia sebagai pemangkin untuk mereka berusaha lebih keras.

Yakin kemampuan Ippo

Memilih lagu ciptaan Ippo untuk percubaan pertama mereka, Ezwan berkata, Neon Band yakin dengan kredibilit­i yang ditonjolka­n komposer itu.

Ini kerana, beberapa lagu ciptaan Ippo sebelum ini, pernah terpilih menjadi lagu latar untuk drama rantaian tempatan membuatkan mereka juga berharap,

memperoleh peluang sama.

“Lagu ciptaan Ippo sering menjadi pilihan penerbit drama tempatan. Secara tidak langsung, ia memberikan kami sedikit kelebihan untuk menonjolka­n lagi Cinta Yang Telah Mati. Bagi kami, ia juga menjadi antara strategi promosi yang berkesan.

“Lagu ciptaan Ippo juga bersesuaia­n dengan cita rasa pendengar zaman sekarang. Melihat segala kelebihan itu, kami percaya Cinta Yang Telah Mati juga mampu meraih perhatian pendengar,” katanya.

Cari masa untuk berlatih

Dalam usia yang masih mentah, Neon Band berharap mereka mampu bertahan dan mengharung­i cabaran untuk terus kekal dalam industri muzik.

“Tidak mudah untuk mempertaha­nkan hayat sesebuah kumpulan, terutama apabila setiap anggotanya mempunyai kerjaya tetap. Mungkin kami bernasib baik kerana bekerja di bawah satu bumbung, jadi ia memudahkan kami berkomunik­asi.

“Biarpun sibuk dengan komitmen masing-masing, kami tetap mencari masa untuk berkumpul dan berlatih,” kata Ezwan lagi.

Tambah Ezwan, Neon Band tidak melalui jalan pintas mempromosi­kan Cinta Yang Telah Mati meskipun, ruang itu terbuka luas di depan mata.

“Kami juga perlu meniti proses yang sama seperti kumpulan baharu lain. Alhamdulil­lah, kerjasama dan bimbingan daripada pengurusan Indigital Music Sdn Bhd membantu kami lebih matang dalam mengatur langkah,” katanya.

Biarpun nama Neon Band mempunyai persamaan dengan kumpulan muzik dari Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia, mereka bagaimanap­un, percaya dengan identiti yang dibawa.

“Kami tidak meniru, sebaliknya memilih nama yang mudah dan senang diingati. Nama ini membawa maksud tersendiri, malah ia menjadi metafora untuk menarik pencinta muzik supaya menghargai karya kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia