Berita Harian

Aprena ikut jejak arwah ibu

Minat dorong anak bongsu Rosnah Mohd Noor jadi pelakon

- rajamawar@bh.com.my

Mewarisi darah seni ibunya, Allahyarha­m Rosnah Mohd Noor dan bapa, penyanyi Iwan Dangdut, pelakon baharu, Aprena Manrose, 24, mahu menyambung legasi perjuangan kedua-dua orang tuanya.

Biarpun pada mulanya keinginan Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera

Putri Aprena Wan Syahman menceburi bidang lakonan mendapat tentangan arwah ibu dan bapanya, namun rezeki anak bongsu pasangan itu tetap tertulis sebagai pelakon.

Bukan saja Aprena, malah kakaknya, Wan Syamira

Putri Oktovia atau Oktovia Manrose, 26, turut mengukir nama sebagai pelakon. Hanya abangnya, Wan Ramada Agus Putra, 28, memilih bidang seni bina selepas menamatkan pengajian di University of Technology, Sydney, Australia.

Bekas graduan Diploma Penyiaran & Perfileman, Kolej Universiti Metropolit­an Kuala Lumpur (KLMU) itu berkata, ketika hayat, arwah ibunya tidak pernah menggalakk­an anak-anaknya membabitka­n diri dalam dunia lakonan. Prinsipnya, mereka perlu terlebih dulu menghabisk­an pengajian.

“Saya mula meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah menengah lagi, tetapi saya terpaksa memendam perasaan. Lagipun, saya sangat pemalu.

“Saya tidak pernah terfikir akan mengikut jejak langkah arwah mama sebagai pelakon atau papa yang menjadi penyanyi. Saya memang minat, malah boleh menyanyi tetapi perlu mendalami teknik nyanyian dengan betul.

“Setahun sebelum meninggal dunia, arwah mama mula terbuka hati memberikan restu. Arwah menggalakk­an saya supaya berlakon dalam drama

Tiga Nenek Tiga Dara. Saya bagaimanap­un, tidak mampu meneruskan perjalanan kerjaya apabila arwah mama mulai tenat sebelum meninggal dunia pada Ogos 2013,” katanya.

Murung selepas ibu tiada

Aprena yang mendirikan rumah tangga dengan cef, Mohd Afiq Hazman, 30, pada tahun lalu berkata, pemergian arwah ibu merentap kebahagiaa­nnya seketika.

“Saya masih muda, baru berusia 20 tahun ketika arwah pergi. Saya paling rapat dengan arwah, malah siang malam menjaganya di hospital. Ketika itu, kakak sudah berkahwin dan mempunyai keluarga, manakala abang pula menyambung pelajaran di luar negara.

“Saya melihat penderitaa­n arwah melawan penyakitny­a. Bukan mudah untuk melupakan segala-galanya hingga saya jadi murung selepas pemergiann­ya.

Saya ambil masa hampir dua tahun untuk bangkit semula dan bekerja.

“Ketika saya dalam kesedihan, Tuhan hadirkan suami untuk menceriaka­n hidup saya. Arwah sempat merestui hubungan kami sebelum menutup mata,” katanya yang ditemui di lokasi penggambar­an drama Pinggan Tak Retak Nasi

Tak Dingin arahan Nizam Zakaria di Kota Damansara.

Selain Aprena, drama terbitan Country Universal Sdn Bhd itu turut dibintangi Idris Khan, Azrel Ismail, Raysha Rizrose, Zera Hariz, Sheila Mambo dan Zain Hamid. Drama adaptasi novel itu menghiasi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di TV3 sejak 10 Julai lalu.

 ?? [ FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] ??
[ FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia