Berita Harian

Bukan pelakon tipikal

Anushka Sharma tidak biar diri larut ditenggela­mi imej glamor sebagai insan seni

-

Dari Ms. 64

“Buat kali pertama, penonton mula melihat sesuatu dalam diri saya. Mungkin juga kerana ia filem yang cukup berbeza, selain karakter yang dibawa juga tidak sama seperti pernah dilakonkan pelakon wanita ketika itu,” katanya.

Sepanjang sedekad, Sharma pernah bekerja dengan nama besar di Bollywood, termasuk pembikin filem seperti Vishal Bhardwaj dan Rajkumar Hirani selain mendamping­i tiga Khan iaitu Salman, Aamir dan Shah Rukh.

“Sekalipun beraksi di sisi aktor berpengaru­h, saya tetap memilih watak yang mempunyai potensi untuk saya meneroka sesuatu,” katanya.

Sempadan hidup

Setiap kali perjalanan kerjayanya dibicaraka­n, status pelakon kelahiran Ayodhya, India sebagai orang luar pasti dibangkitk­an, terutama ketika Bollywood begitu kental dengan nepotisme. Bagi Sharma, statusnya itu menjadi aset yang memberinya inspirasi berdasarka­n pengalaman yang dilaluinya di luar industri.

“Saya meletakkan sempadan dalam kehidupan. Saya bukan berasal daripada keluarga yang mempunyai latar dalam dunia perfileman dan jarang menonton filem ketika membesar. Jadi, pendekatan saya terhadap sesuatu babak tidak tipikal,” katanya.

Membesar dengan latar dalam bidang pertahanan, Sharma memasuki Sekolah Awam

Tentera di Bangalore. Biarpun bermula perlahan, Sharma meraih kejayaan pada usia muda.

“Saya selesa dalam kepompong sendiri. Saya tidak terpengaru­h dengan sesiapa, kebendaan atau kejayaan sendiri.

Saya juga tidak mahu dikaitkan dengan pengaruh populariti sebagai artis. Saya tidak membiarkan diri dibelenggu dengan imej kehidupan sebenar seorang pelakon,” katanya.

Barangkali kerana itu, berbanding teman seangkatan­nya, jumlah filem lakonannya sepanjang sedekad pembabitan boleh dibilang dengan jari.

Bagi Sharma, keampuhan sesuatu karakter itu lebih penting kerana dia mahu menjaga kualiti kerjanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia