Berita Harian

Sunway Velocity tawar pengalaman membeli-belah unik kepada penunjung

-

Sunway Velocity Mall (SVM), pusat beli-belah kelima Sunway Mall, mampu menawarkan pengalaman membeli-belah unik dan ideal kepada pengunjung dengan rangkaian pilihan barangan terkemuka dalam suasana selesa.

Selepas dilancarka­n pada Disember 2016, SVM dijadikan antara destinasi sempurna terbaharu kepada pengunjung bandar dan luar bandar tanpa mengira faktor usia dan bangsa.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Mall, Kevin Tan, berkata trend masa kini memerlukan pusat beli-belah menawarkan pengalaman membelibel­ah lebih menyeluruh termasuk mementingk­an gaya riadah, hiburan serta destinasi barangan yang diperlukan bagi menepati gaya hidup seharian yang bersepadu serta moden.

“Justeru, pengalaman dan aspirasi itu perlu dipertingk­atkan dengan menawarkan kemudahan diperlukan serta perkhidmat­an hospitalit­i terbaik kepada pengunjung,” katanya.

SVM menawarkan pelbagai kedai seperti pakaian, aksesori, sukan, kelengkapa­n rumah dan fesyen daripada rangkaian jenama mampu milik sehingga premium.

Antara pilihan jenama yang ditawarkan seperti H&M, H&M, Superdry, Lois, Wrangler, Mixxo, SPAO, Cotton On dan BRAPS.

Jenama antarabang­sa

Jenama lain turut menjadi kegemaran selebriti terkemuka dunia ialah Sacoor Brothers yang diminati Rob Lowe, William Baldwin, Patrick Dempsey, Irina Shayk dan terbaru Cristiano Ronaldo ditawarkan di SVM.

Selain pilihan fesyen, pengunjung boleh mendapatka­n produk penjagaan diri dan kecantikan menerusi jenama Victoria Secret, Always 21, Body Shop, Bath & Body Works, Innisfree, dan MAC Cosmetics.

Selain membeli-belah, SVM juga menawarkan pelbagai pilihan kedai dan restoran untuk menjamu selera dengan cita rasa menu berbeza.

Pusat beli-belah ini boleh diakses menerusi jalan utama termasuk jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Pudu dan Jalan Tun Razak.

Selain menerusi Lebuh Raya SMART, Lebuhraya Kl-seremban, Lebuhraya pantai baru (NPE) dan Maju Expressway.

 ??  ?? Antara jenama terkenal yang menanti pengunjung di Sunway Velocity.
Antara jenama terkenal yang menanti pengunjung di Sunway Velocity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia