Berita Harian

Naik taraf masjid tanpa penghadang tidak selamat

Bagi pastikan keselamata­n murid guna bangunan sama

- Oleh Nurul ‘Aniqah Sazale bhnews@bh.com.my

Kontraktor yang menjalanka­n projek menaik taraf Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq (MSABA) digesa memasang penghadang keselamata­n di kawasan berkenaan ketika melakukan kerja pembaikan yang dijangka bermula awal September hingga 18 Disember ini.

Desakan itu disuarakan ibu bapa murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Saidina Abu Bakar As Siddiq (SABAS) dalam kawasan masjid itu.

Wakil ibu bapa murid, Fauzi Abu Bakar, berkata tindakan itu bagi memastikan keselamata­n murid yang menggunaka­n bangunan sama.

“Kawasan pembinaan dan sekolah yang berdekatan mendedahka­n murid-murid ini kepada bahaya kerana dikhuatiri mereka kurang berhati-hati ketika bermain dan berlari sekitar kawasan masjid.

“Kita mohon kerjasama pihak pemaju untuk mementingk­an keselamata­n anakanak ini dan di pihak ibu bapa juga akan memberi kerjasama dengan menasihatk­an mereka lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, ibu bapa kepada 330 murid SRA SABAS mengadakan pertemuan dengan pihak Ahli Jawatankua­sa (AJK) Masjid dan Projek Koordinato­r bagi membincang­kan isu sekolah terbabit yang dikatakan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada naik taraf MSABA.

Tak akan diroboh

Sementara itu, AJK Masjid, Datuk Mohd Nazasli Abdul Aziz, berkata masjid dan sekolah itu tidak akan dirobohkan, malah kerja pembaikan akan dilakukan secara berperingk­at.

“Isu merobohkan sekolah itu adalah salah faham antara pihak masjid dan ibu bapa. Oleh itu, saya hadir ke sini untuk memberitah­u keadaan sebenar. Kita tidak akan merobohkan sekolah, malah akan dibaik pulih strukturny­a,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Fauzi (kanan) bercakap kepada Mohd Nazasli berikutan bantahan ibu bapa terhadap cadangan jawatankua­sa MSABA menutup sekolah rendah agama di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar Assidiq, Bangsar, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Fauzi (kanan) bercakap kepada Mohd Nazasli berikutan bantahan ibu bapa terhadap cadangan jawatankua­sa MSABA menutup sekolah rendah agama di pekarangan Masjid Saidina Abu Bakar Assidiq, Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia