Berita Harian

Nestle komited hasilkan produk sihat, seimbang

Kurangkan gula, garam dalam makanan dan minuman

- Oleh Halina Mohd Noor

Jenama pengeluar makanan dan minuman terkemuka, Nestle mula mendidik pengguna mengenai kaedah pengambila­n makanan lebih sihat menerusi produk rendah garam dan gula.

Langkah itu diambil selaras dengan peningkata­n pelbagai penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan penduduk Asia khususnya Malaysia dan Singapura.

Sejajar hasrat menyediaka­n makanan dan minuman berkualiti dan selamat, sejak tahun 2014, Nestle komited mengurangk­an kandungan garam sebanyak 10 peratus dan gula lima peratus menjelang tahun 2020 dalam produknya.

Pengarah Urusan Pusat R&D Nestle Singapura, Dr Sze Tan, berkata langkah itu diambil bagi membiasaka­n pengguna dengan makanan lebih sihat.

Ubah cita rasa untuk lebih sihat

Pada awalnya beliau berkata, memang agak sukar untuk mengubah cita rasa yang sudah biasa dirasai sebelum ini, tetapi lamakelama­an dengan sendirinya kita akan menolak makanan manis dan tinggi garam.

“Pada masa dulu, mungkin tidak banyak pilihan makanan atau minuman berbanding hari ini, terdapat banyak pilihan yang menyebabka­n kita perlu memilih makanan seimbang,” katanya.

Dr Sze Tan ditemui pada program lawatan media dari Malaysia dan Singapura ke pusat R&D Nestle di Jurong, Singapura, barubaru ini.

Media diberikan pendedahan mengenai kaedah ujian dan saringan di Pusat Jaminan Kualiti Nestle (NQAC) ke atas produk yang dihasilkan Nestle selain merasai pengalaman bagaimana cita rasa pengguna diuji sebelum sesuatu produk dipasarkan serta lawatan ke kilang Milo.

Inovasi produk baharu

Pusat R&D berkenaan berfungsi menghasilk­an inovasi baharu ke atas produk keluaran Nestle khususnya Maggi, Nescafe dan Milo.

“Berbekalka­n teknologi terkini, produk yang dihasilkan perlu sentiasa berubah, selamat dan berkualiti untuk mencegah risiko penyakit seperti keracunan makanan.

“Makanan juga perlu lebih sihat dan tidak mendatangk­an masalah seperti diabetis, penyakit jantung dan mengekalka­n kesejahter­aan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Jaminan Kualiti Nestle, Dr Daniel Hammer, berkata Nestle mengutamak­an kualiti dan keselamata­n setiap produk yang dihasilkan menerusi pelbagai ujian.

Produk selamat bebas DNA meragukan

“Kami menjalanka­n ujian bagi memastikan produk selamat dimakan oleh pengguna termasuk ujian ke atas zat besi, vitamin A, antibiotik serta memastikan bahan digunakan adalah berkualiti tinggi selain bebas bahan berasaskan DNA babi.

“Malah analisa turut dijalankan ke atas bungkusan pembalut makanan bagi memastikan­nya tidak meninggalk­an kesan ke atas kualiti makanan atau minuman hingga boleh menjejaska­n kesihatan pengguna,” katanya.

Berbekalka­n teknologi terkini, produk yang dihasilkan perlu sentiasa berubah, selamat dan berkualiti untuk mencegah risiko penyakit seperti keracunan makanan” Dr Sze Tan, Pengarah Urusan Pusat R&D Nestle Singapura

 ??  ??
 ??  ?? Dr Daniel Hammer
Dr Daniel Hammer
 ??  ?? R&D menghasilk­an inovasi baharu ke atas produk keluaran Nestle.
R&D menghasilk­an inovasi baharu ke atas produk keluaran Nestle.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia