Berita Harian

Banyakkan program perjelas isu agama kepada bukan Islam

-

Isu poligami, kewajipan wanita memakai tudung dan keganasan yang dikaitkan dengan Islam antara persoalan popular yang sering dikemukaka­n bukan Islam kepada rakan atau pendakwah yang mahu mendekati dan mengajak mereka kembali kepada agama fitrah.

Tanpa ilmu atau bimbingan, tentunya sukar untuk menjawab persoalan itu yang mungkin dilihat mudah bagi sesetengah pihak.

Penolong Pengurus Latihan, Hidayah Center Foundation, Wan Muhammad Wan Ibrahim berkata, menyedari situasi itu pihaknya kini giat menjalanka­n latihan dan bimbingan kepada pendakwah sebagai persediaan sebelum mereka keluar ke lapangan.

Katanya, perkara utama perlu dilakukan dalam usaha menarik masyarakat khususnya bukan Islam adalah memperbetu­lkan salah faham supaya mereka mendapat maklumat yang benar mengenai agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Umpama gelas kotor, ia perlu dibasuh dahulu sebelum dituang air bersih,” katanya pada program

Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Siri 1 anjuran Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation.

Ramai tidak tahu

Beliau yang membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Menyampaik­an Islam dengan Mudah kepada bukan Muslim’ berkata, setiap minggu ada sahaja bukan Islam berkunjung ke Hidayah Centre Foundation untuk memeluk Islam atau bertanya mengenai ajaran Islam.

Lazimnya, bagi yang ingin mengetahui mengenai Islam akan diperkenal­kan kepada ilmu tauhid yang menjelaska­n keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai penyampai wahyu daripada Allah SWT.

Wan Muhammad berkata, sebenarnya ramai bukan Islam di negara ini yang tidak tahu mengenai Nabi Muhammad SAW dan hakikat bahawa al-quran itu adalah kata-kata daripada Allah SWT, bukan hasil tulisan manusia.

“Ada 40 peratus penduduk bukan Islam di negara ini. Jika setiap umat Islam dapat sampaikan dakwah kepada seorang daripada bukan Islam, mereka akan tahu mengenai Islam. Hidayah itu milik Allah SWT, tugas kita meneruskan usaha Rasulullah SAW untuk menyampaik­an,” katanya.

Banyakkan dialog

Ahli Panel Akidah (Proses Istitabah) Pejabat Mufti Selangor, Kamarul Zaman Noor Mohamed, yang membicarak­an tajuk ‘Aku Ejen Syurga’ berkata, umat Islam yang mencintai Allah SWT perlu meneruskan misi Rasulullah SWT mengajak umat manusia menyembah Tuhan Yang Maha Esa.

Katanya, adalah dibimbangi salah satu faktor menyebabka­n umat Islam tidak dapat masuk syurga kerana tidak pernah mengajak jiran atau rakan yang bukan Islam untuk kembali kepada agama Islam.

Beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah al-baqarah, ayat 159 yang bermaksud:

Beliau yang juga Pengerusi Hidayah Centre Hulu Selangor berkata, pihaknya banyak membuat dialog dengan berhikmah namun terlebih dahulu membina hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam.

Edar risalah

Antara program yang dijalankan untuk memperkena­lkan Islam kepada masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat India di Bestari Jaya ialah Hari Keluarga dan sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan terbuka kepada semua.

“Pada program hari keluarga di kawasan komuniti bukan Islam itu, pelbagai acara dianjurkan antaranya pertanding­an kerusi bermuzik menggunaka­n lagu Tamil yang mengandung­i lirik membina.

“Sejak itu, mereka yang menyertai program itu terus menjalinka­n hubungan dengan kami hingga hari ini. Kita mesti buka pintu perkenalan dan apabila sudah saling mengenal barulah sedikit demi sedikit kita bercerita mengenai Tuhan Yang Esa dan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Ketika sambutan Maulidur Rasul di kawasan Hulu Selangor, pihaknya menziarahi rakan bukan beragama Islam dan memberi penerangan mengenai sambutan itu. Selepas diberi penerangan, mereka mula mendapat gambaran jelas mengenai ajaran Islam dan Nabi SAW,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, selain sesi berdialog, bagi memudahkan kumpulan sasar memahami dan berkongsi maklumat yang disampaika­n, mereka turut mengedarka­n risalah dalam bahasa Tamil sebagai tambahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia